can i hv for me too ?

-/lesen motor / kereta ((2013))

-/ Iphone 5 ((2013))





Sunday, June 16

Kisah Dia - Seorang Bapa Tunggal

Yang sudah lama tidak ku curahkan perkataan, entri kali ini bukanlah untuk meraih simpati namun berkongsi cerita tentang seorang musafir. Ya.. dulu beliau seorang musafir. Lahir di negara jauh dari sini, dibesarkan dalam keluarga Islam. Dijodohkan Rabb dengan seoranv wanita cantik, solehah, beriman, dan sempurna. Wanita yg pada aku adalah insan paling paling paling tabah yg pernah aku kenal seumur hidupku..

Belum sempat mencecah usia 30 tahun perkahwinan, wanita mulia yg dipinjamkan Rabb diambil semula menemuiNya, meninggalkan si suami yg masih tak bersedia yg masih kaku masih terkejut masih tergamam dengan apa yg baru terjadi.

Mungkin Rabb lebih sayangkan wanita itu. Mungkib sahaja Rabb mahu menguji seisi keluarga wanita itu. Anak anak si bapa tunggal itu masih kecil, ada pun yg masih bersekolah rendah itu belum sempat merasai kasih sayang sepenuhnya seorang ibu.

Si bapa tunggal ini kemudiannya tiap tiap pagi selepas Subuh memecut motornya, meluangkan masanya di kubur isteri.

Sesampai sahaja di kubur.. "Assalamualaikum isteriku... semalam aku tak dapat lelapkan mata.. semalaman aku menangis tersedu-sedan.Bukan kiranya aku menolak takdir.. namun aku buntu wahai isteriku.. bagaimana aku hendak membesarkan enam orang anak kita tanpa engkau di sisi wahai isteri? Tulang kederat ini sudah rapuh... mengapa kau pergi terlalu awal wahai isteriku... " sambil mengelap mata dgn hujung baju, dia mencapai air yg diisi dalam botol terpakai dan menyiram ke kubur si isteri.

Dan begitulah setiap paginya berlalu..

Pabila ditanya "tak mahu kahwin lagi kah tuan? Paling kurang ada yg tolong jaga makan minum tuan"

Tanpa segan dia menjawab "cinta aku cinta satu, tak perlu yg lain sbg penggantinya, Allah ada membantuku"

Tabahnya si bapa tunggal ini.. Dialah ayah... biarpun kadang-kadang berhadapan dgn kemelut kewangan namun dia tetap berdiri tak pernah sekalipun meminta-minta, sehingga ke hari kematian ibunya juga dia tidak pulang ke negaranya demi menjaga anak anak..

Kalau sekali pandang...  dialah si garang itu.. namun, jauh di sudut hati, dia bercita-cita besar mahu membuktikan kpd seisi kampung bahawa seorang bapa tunggal sepertinya mampu mendidik anak-anak walaupun berseorangan sehingga anak-anaknya berjaya.

Dia serahkan segala yg ada, demi melihat kejayaan anaknya...

Baginya - "tak apalah kalau aku harus melakukan tugas lebih, asalkan anak-anakku berjaya, tak apalah, biar aku yg jemur kain, biar aku yg lipat kain, biar aku yg memasak, biar aku yg menyapu rumah.. tak apa kalau anak anak tidak sempat merasa kasih sayang isteriku, belaian bonda mereka, biar aku yg gantikan tempat isteriku, biar anak anakku bahagia dan bangga punyai bapa sepertiku... dan... biar isteriku tenang di syurga di sana serta bangga peroleh suami soleh sepertiku.. "

Kalau mahu disingkap perangainya yg serba serbi sederhana, terlalu banyak, hingga terlebih kata-kata.

Dialah ayahandaku. Heroku yg paling hebat. Pejuang kami sekeluarga. Selamat hari ayah ♥

http://www.youtube.com/watch?v=ZatFSCb4X9U&feature=youtube_gdata_player

Tuesday, March 19

The Wrong Perfume

Ahhh lamanya tak update blog !!!! Hiks biasalah pelajar spm ... Anyway kalau update tak ada nak cakap apa pun , ye lah, masalah kita, kita kena letakkan privasi sikit la, takkan setiap kali ada masalah nak update blog terus, nak bagi satu dunia tahu. Hakikatnya tulah yg jadi dekat twitter & facebook sekarang, setiap saat akan ada orang meluahkan perasaan, seakan-akan nak suruh semua orang simpati dekat dia pulaks aduhh Allah kan ada.. Tapi kalau kadang kadang tu okay lah jugak nak tweet tweet masalah tu tapi jangan la melibatkan maruah orang lain... Eh panjang pulak pendahuluan.

By the way ... masuk kepada cerita sebenarnya... Hmm sebenarnya dua hari lepas aku ada beli satu perfume untuk ayah aku, eceh bukan aku beli pun, aku yg suruh dia beli, hikhik. Sebenarnya kalau cerita pasal perfume perfume ni, hmmm aku jenis yang mudah ingat orang melalui bau wangian dia lah.. Nak dijadikan cerita, aku terambil perfume yg bau sama dengan perfume sorang ni ((nama dirahsiakan)) ((jawatan : crush bawah sedar kut)) hahaha

Jadi sebab masa tu aku kalut sangat so aku bantai je ah perfume mana yg ada depan mata. Jadi hari ni ayah aku dah mula pakai perfume tu, dan bau dia memang sama sama sama sebijik macam perfume si budak tu. Subhanallah, nih meh ceq habaq kat hang, sekali terbau haruman tu, zaaaaaaap ! beribu ribu ribu ribu kenangan datang, Ya Allah, itulah masa nak menangis, masa nak rindu, masa nak sakit hati, masa nak sakit jiwa. Sebab aku ni memang lemah sikit dengan haruman haruman ni, jadi setiap kali aku tarik nafas mesti aku bau perfume tu sekaligus mesti teringat dekat budak tu.

Tapi apa apa pun benda ni sebenarnya kalau kita tak paksa otak kita untuk nak ingat cerita lama tu, so automatik sebenarnya kita akan jadi biasa je lepas ni. Jadi itulah yang aku tengah try sekarang, try buat tak tahuuuu hahaha lantak pi lah kau nak bau apa pun , aku pun dah anggap budak tu dah mati dah hihi cara paling cepat nak lupakan crush-bawah-sedar.

Anyway kenapa aku cakap crush-bawah-sedar? Hahaha dia cuma hidup dalam mimpi aku, dalam realitinya, hmmm kan aku dah cakap - aku anggap dia dah mati hahaha tah pape je aku pun.

Nasihat aku, tak payah lah nak bercintan cintun sangat kalau umur tu dah 17, takut nanti spm tahkemana, boyfriend tahkemana ((Nauzubillah)) . Papepun doakan aku berjaya hiks chiao !

Thursday, December 6

BERUBAH !

Assalamualaikum sekarang pukul 7:35 pagi TUJUH DISEMBER 2012 hari JUMAAT bersamaan DUA PULUH EMPAT HARI LAGI NAK MASUK DUA RIBU TIGA BELAS WUUUUUUU eksitednya ! Bangkit semua orang BANGKIT BANGKIT kita ada misi , kita ada matlamat, kita ada wawasan , kita ada impian ! Gunakan 2013 sebaik-baiknya . Buangkan segala nafsu serakah yang ada , hadapkan diri untuk Allah , hidup untuk beribadat kepadaNya ! Bangkitlah wahai manusia !

Sedar atau tidak. Makin hari makin dekat kita kepada kiamat. Sedar atau tidak. Hari-hari yang kita lalui dah berapa juta jam kita bazirkan untuk cinta ? Berapa ribu jam kita luangkan untuk menimba ilmu ? Berapa ratus jam kita gunakan untuk beribadat kepada Yang Esa ? Jadikanlah 2013 sebagai satu permulaan baru untuk gunakan berjuta jam menghadap Ilahi dan menuntut ilmu. Berjaya di dunia , juga di akhirat. InsyAllah..

Sekian ceramah .....

Aku sebenarnya berniat nak berhijrah tahun 2013 ni. Berubah daripada yang jahil dulu kepada yang lebih baik. Memandangkan aku dah agak tahun depan bakal jadi antara tahun aku paling sibuk, emosi mesti dah tak terkawal , makan minum sakit serabai mesti dah tak terjaga. Justeru 24 hari berbaki ni aku akan gunakan sebagai persediaan mental dan fizikal untuk melangkah ke satu tahun yg baru .

Yang paling utama sekali aku mahu meninggalkan alam remaja untuk setahun . Alam percintaan. Alam kebahagiaan sebagai seorang perempuan. Aku nak tinggalkan semua tu. Supaya aku dapat fokus hanya kepada menimba ilmu .. Biarlah. Aku masih boleh bernyawa tanpa semua tu . Kan kan kan ..

Yang kedua aku nak tutup aurat. Ah ini yang paling susah sekali sebenarnya. Bukannya selama ni aku tak pakai tudung , aku pakai. Bukannya selama ni aku tak tutup aurat, cuma terkadang tanpa kita sedar kita sedang memperlihat aurat kita kepada orang lain tanpa sengaja , mungkin depan abang ipar , sepupu , jiran sekeliling .. Lebih susah lagi nak berubah kalau yang bukan muhrim macam abang ipar tinggal serumah dengan kita, kalau selama ni tak pakai tudung depan dia, tiba-tiba satu hari kena pakai tudung bila duduk dalam rumah, kena pakai baju tangan panjang. Itulah yang paling susahnya. Aku pun tak tahu aku mampu atau tak nak mengatasi rasa pelik rasa malu tu .


Tapi InsyAllah aku cuba.. Demi Tuhanku aku akan berusaha untuk menjadi kekasihNya. Aku akan berubah menjadi muslimah sejati . InsyAllah .. Sungguh .. Bukan mudah nak berubah. Banyak benda aku harus lepaskan. Banyak benda aku harus buang. Perit rasanya bila aku harus menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Keadaan yang mana tiada lagi seorang lelaki sebagai pemberi semangat, semuanya atas diriku sendiri. Biarlah. Allah masih ada :) 

Doakan aku .. 

Sunday, November 4

Pertama & Terakhir

Aku analogikan kehidupan ini seperti sepotong kaki yang sedang berjalan-jalan mengelilingi kebun bunga. Hmh indah kan ? Tapi inilah kehidupan, makin tua makin terasa beban yang harus ditanggung. Sekali-sekala tersepak mawar berduri, di kaki sudah menampakkan luka - luka sedikit, makin lama makin terserlah luka itu,  walau cuba disembunyikan parut namun tetap kelihatan. Waima begitu, kaki itu terus berjalan mengelilingi kebun bunga . Sambil sesekali menyanyi riang, tapi ada waktunya terpaksa berhenti di antara dua jalan, yang kaki itu pun tak tahu ke mana dia harus tuju. Ah. Lucu. Kalau sahaja aku pilih aliran Sastera waktu awal tahun dahulu, pasti sudah boleh jadi seperti A. Samad Said.

Terima kasih buat Tuhanku Yang Esa , yang telah merubah seluruh hidupku bermula di pagi 31 Oktober lalu. Insiden yang takkan aku lupa. Dan hari ini pun ! Kenangan terpahit yang bakal jadi terindah suatu hari nanti. Aku dihujani dengan dugaan yang melampaui usiaku. Membuatkan aku lebih matang dari biasa, membuatkan aku mula berfikir Allah itu sememangnya Maha Adil.

Kejadiannya bermula bila aku mencapai tahap tekanan dan stres yg melampau malam itu dan aku tak buat persediaan langsung untuk exam Chemistry dan dipendekkan cerita, aku bawa masuk nota masa exam . Berani tak aku? Tak. Itu BODOH. Itu nama dia bodoh. Allah Maha Adil. Sedang aku bahagia menyalin nota dalam soalan peperiksaan, cikgu kimia aku datang dan Allah buka mata hati dia, baaaaappp the rest is history.

Yang aku tahu masa depan aku tamat di situ.

Yang aku tahu aku bakal mati bila-bila masa sahaja.

Yang aku nampak cuma wajah ayah yang tiap-tiap pagi bangun buat sarapan untuk aku, hantarkan aku ke sekolah, harapkan aku jadi insan berjaya, rupanya anak dia ni tak pandai bersyukur, rupanya anak dia ni cetek akal, memilih jalan singkat nak dapat A Chemistry dengan bawa masuk nota dalam peperiksaan. BODOH.

Yang aku fikir cuma aibku . Di mana maruah ini harus aku letak? Di mana nama ini harus aku sembunyikan? Muka ini? Ya Allah. Semua orang takkan percaya aku sekeji itu , aku tak dapat tahan sebak , hingga air mata tak terkeluar. Aku terkaku.

Apa akan jadi dengan GPS aku ?
Ya Allah...
Ya Allah...

Waktu itu baru aku mengesot sujudku untuk Allah . Aku belajar dari kehinaan aku. Aku dewasa dari pengalaman aku. Aku berubah dari kebodohan aku. Aku sedar bila tekanan yang melampau , menipu bukan penyelesaiannya.

Penipu itu pencuri yang bodoh !

Sejak hari tu air mata aku tak berhenti mengalir tiap kali menatap wajah ayah, betapa tingginya harapan yg dia curah untuk aku, namun aku hampakan dia dengan pengkhianatanku, Ya Allah, berhari-hari aku berdoa supaya guruku itu dilembutkan hati olehNya biar dia memberikan markah untuk kertas Kimia aku yang lain, berhari aku melawan perasaan untuk sabar dan cuba menerima dugaan dengan hati yang tenang, tapi aku gagal, aku gagal kawal emosi aku, sehingga semua benda yg aku buat tak kena. Sumpah seranah aku maki hamun buat diri sendiri, ternyata emosi yang merajai aku.

Tapi sebenarnya ini bukanlah dugaan, ini suatu pembalasan. Ya. Aku tak nafikan selain aku masih ramai lagi yg serupa dengan aku, tapi kenapa Allah tak tunjuk kebenarannya ? Sebab Allah nak uji aku. Allah nak sedarkan aku. Allah nak suruh aku bangun dari kerja bodoh aku itu. Allah rindu nak dengar aku sebut nama Dia, Allah rindu nak dengar aku menangis sewaktu berbicara denganNya , Alhamdulillah Ya Allah, tak henti juga aku doakan supaya hati ini ditebalkan ketabahan setebal tabahnya Rasulullah, kerana aku akui , aku tak mampu nak hadapi benda ni, biarpun cuma 1 subjek tapi ini bukan aku yang sebenar.

Ini adalah pertama dan terakhir.

Hari ini, saat semua rakan berbahagia meraikan markah Chemistry, aku seorang terpulau bersama kertas aku, hmh.. Kosong. Markah pertama dan terakhir aku.  3 hari aku belajar untuk menerima takdir Allah, dan bila aku tahu markah sebenar aku kosong, tangisan ini tak dapat dikawal lagi, biarlah semua orang tahu aku kecewa dengan diri aku sendiri, aku menyesal, aku rasa mahu ghaib dari dunia yg gelap aku mahu pergi ke suatu tempat yang aku boleh tenangkan fikiran aku sendiri.

Ya Allah. Sedihnya tak dapat ditahan. Namun itu salah aku sendiri. Padan muka aku. Padan muka aku.
Namun biarlah, aku jadikan pengajaran, aku urut dada supaya bersabar, Allah telah merancangnya dengan cantik dan elok, siapalah aku untuk melawan takdir Dia, sungguh Dia telah ambil suatu yang berharga dari aku, maka pasti suatu yg berharga akan Dia gantikan pula , tak lambat tak cepat ..

Terima kasih Ya Allah. Aku tahu aku kuat. Perasaan ini aku tak luahkan kepada sesiapa , kerana aku sedar aku dah tak ada tempat pergantungan lagi. Aku pendam dan pendam , menangis teresak-esak hati namun senyuman ku ukirkan, gelak tawa aku pancarkan di hadapan teman, aku redha. Allah pernah ambil nyawa ibuku sewaktu usiaku 9 tahun dan aku boleh hadapinya, pasti peristiwa hari ini pun aku boleh tempuh dengan tabah . Hati ini dah kebal. Hati ini dah puas.

Namun cukuplah sekali aku menjadi bodoh, takkan ada lagi buat kali kedua. Aku berjanji pada diri aku untuk lipat gandakan usaha, aku berjanji aku akan balas kembali kejayaan ini buat ayahanda. InsyAllah .. :)

Tuesday, October 16

Pagi 17 Oktober

Aku tidur awal semalam , macam hari-hari biasa, dan aku bermimpi tentang dia, sungguh, mimpi mampu membawa segala-galanya yg telah terkubur hidup segar bugar kembali .

Aku terjaga . Terus aku ambil wudhu' dan solat tahajud. Usainya, aku berzikir, dan berdoa semoga rindu ini Allah sampaikan kepadanya kerana aku terlalu malu untuk meluahkan di depan seorang ajnabi ini. Aku tak minta apa-apa, aku cuma minta dia turut merasakan apa yang aku rasa. Atau mimpi itu .. Ah..

Dua jam setelah itu aku tertidur dan aku bermimpi bertemu dia. Ya Allah. Menakjubkan. Semua ini telah membuatkan aku menjadi kelu kembali. Aku fikir setelah menutup pintu hatiku, maka akan tertutup lah cinta buat selamanya, rupanya tidak ... 

Monday, October 1

Istikharah Buat Cinta

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku sedar aku ini insan lemah
Aku sedar hidupku dilumuri dosa
Aku sedar aku telah banyak menyakiti hati-hati yang ada di sekelilingku
Ya Allah Ya Tuhanku
Aku merayu 
Aku merayu, Ya Allah
Berilah aku kekuatan untuk menempuh onar perasaan yang pelbagai ini Ya Allah
Bimbinglah aku Ya Allah 
Bawalah aku jauh dari maksiat 
Jauh dari zina hati, jauh dari zina mata dan segala-galanya yang membawa kepada kealpaan.
Ya Allah. 
Tutuplah pintu hatiku kepada semua insan yang bernama lelaki kalau itu adalah keadilan buat semua . 
Aku mohon kepadaMu Ya Rabb.
Tutuplah pintu hati perasaanku kepada semua insan bernama lelaki. 
Sesungguhnya biarlah perjalanan aku sebagai seorang kekasih berhenti di sini. 
Ya Allah, Engkau Maha Merancang,
Engkau rancanglah segalanya untukku.
Ya Rabb.
Jika dia benar dijadikan untuk menjadi sahabatku yang akan membuat aku bahagia sehingga selama-lamanya ,
Maka Engkau dekatkanlah hatiku dengan hatinya Ya Allah .
Tetapi jika sebaliknya, 
Maka Engkau tetapkanlah dengan kebijaksanaanMu Ya Tuhanku. 
Sesungguhnya Engkau Maha Bijaksana.
Engkau aturkanlah hati-hati insan yang mendampingiku supaya mereka tidak terguris denganku.
Sesungguhnya aku tidak sempurna seperti kekasihMu.
Sesungguhnya aku insan yang punya perasaan ,
Sesungguhnya aku hanya akan pergi kepada insan yang boleh membahagiakanku tanpa aku minta sahaja.
Ya Allah. 
Kau lembutkanlah hati insan yg sangat mencintaiku itu untuk dia tutupkan hatinya untukku. 
Kerana aku tak mampu membahagiakannya Ya Allah. 
Ya Rabb.
Aku akan titipkan salam rindu buat mereka tiap saat melaluiMu,
dan Engkau sampaikanlah kepada mereka, 
sesungguhnya Engkau Maha Adil Ya Allah.. 

Friday, September 28

Kem Gaya Hidup Sihat, Bukit Keluang

First of all lemme tell you that imma too excited to publish the entri, well I shall being in study room atm but nvm , ayuh kita buang masa seketika bersama laporan kem aku hihi.

Ceritanya bermula di stor sukan bila aku ternampak surat yg difaks dari PPD Kota Bharu :

Aku dah macam ''weh mende ni ? Bukit Keluang ? macam best.. eh nak pegi weh nak pegi nak pegi'' . Excited kemain la kan masa tu , akhirnya TER join lah ke kem tu.
Sehari sebelum ke kem tu aku macam tak senang duduk dah sebab masa tu sekolah aku jadi tuan rumah untuk Karnival Sekolah Kluster zon timur , which means kita orang kumpulkan semua sekolah kluster untuk datang dan kiosk-kan kebitaraan masing-masing.

Ye lah kalau pergi kem bermakna tak dapet lah cheq nak jumpaq bebudak hebat hebat ni. Memang dilema sangat sangat. Tapi sebab dah deal dgn pihak sekolah jadi aku gagahkan jugak diri , biarlah, pergilah.

Dipendekkan cerita sampailah aku di Bukit Keluang dengan sorang lagi kawan aku ni.. Okay.. First day was the worsest ever . Rasa nak meneteess air mata woi sedih la aku dah ''apa ni wei tak bestnya kem apa ni wei, tentatif penuh dengan ceramah apa ni wei tsk tsk'' , kawan aku dah macam sawan nak balik. Aku pulak duk kira berapa jam lagi nak balik rumah, padahal baru sampai . Memang terseksa jiwa raga rasa menyesal yg teramat lah ye dop ye dop.

Jadi bila fasi buat pembahagian bilik tu, dia asingkan aku dengan kawan sekolah aku ni, aku dah macam nak menangis dah wei please wei please jangan ah macam ni, aku tak boleh survive sensorang woii.

Fasi : *pegang mic* kalau awak sesuka hati tukar bilik , bersedia untuk menyesal sepanjang kem.
Aku : *tutup mata dengan tudung* *ready nak nangis*
Kawan sekolah (Zack) : *bisik dekat aku* wei no worries , kita tukar je , kita tukar , rilek ah, biar pecah perut jangan pecah di mulut, settle ok?
Aku : *terkejut* tak takut kah kamuuu ?
Zack : rilek derr rilek. Kita taiko bab bab cengni kan.

_________________rahsia pertama yang aku pecahkan di blog hari ini hihihi______________________

Tukarlah bilik senyap senyap hihihi. Masuklah waktu Maghrib yg di mana waktu tu patut semua peserta ke surau untuk solat Maghrib - tazkirah - solat Isya' (berjemaah).

Aku : Weh Zack, aku tak biasa pergi surau solat jemaah time kem cengni, kite sembahyang dalam bilik ah!
Roomate budak SMATAAP : Biar betik ? Kalau dia datang cek acano?
Zack : Alah rilek ah kita tutup ah lampu bilik , tidur ah hihi
Roomate budak Naim : Hish. beraninya..
Aku : Ok lah acani acani , kita solat jemaah Maghrib dalam bilik , sama jugak pahala, 27 jugak kan kan?
Roomate budak SMK Ketereh: Isya' ?
Zack : Habis aktiviti nanti kita masuk bilik sembahyang ahh , dalam pukul 12 tgh malam cenggitu. Amacang?
Roomates : SET !



_______________rahsia kedua yang aku pecahkan di blog hari ini hihihi _________________________

Dipendekkan cerita kita orang satu chalet ni (5 orang) tak pernah pergi solat jemaah dekat surau, hakhakhak.

Jadi malam tu pergi lah ke hall dengan pakai baju sekolah *aku dah macam bengong , tak pernah dibuat orang pakai baju sekolah memalam* , sebab masa tu ada perasmian. Aku dengan Zack apa lagi , tidur lah dalam hall dekat belakang tu, tak larat eh eden nak dengar cik fasi mende duk berasmi rasmi.

Lepas tu ada lah ice breaking apasemua itu ini, ok quite exciting tapi AKU NAK BALIK NAK BALIK !

Aku : Weh Zack jom ah lari balik . Aku ada duit ni .. Kita call je lah teksi ke apa .
Zack : Set weh jom jom balik aku pun dah tak tahan duduk kem ni abende lah ni wei jom jom balik.

Tapi dalam nak balik nak balik tu pun kita orang bertahan la jugak sekuat hati, jadi malam tu peserta dibahagikan kepada 10 orang satu kumpulan (5 orang budak lelaki, 5 orang budak perempuan) memandangkan peserta yg datang cecukup 80 orang, jadi 8 group lah. Memandangkan aku tak boleh satu group dengan Zack, jadi aku kena pepandai lah survive sendiri tsk tsk. So group aku ni, aku cadangkan nama Nasi Lemak Cili Api dan dapat tempat kedua nama tu hahaha credit to me please!

Ketua Kumpulan : Iqra (Budak SIC)
Ahli-ahli : Aku (Zainab 1) , Hadiy, Shuk (SMIP), Eng, Amir, Seri, Ros (SMSI), Fatimah (SMKKB) & Haziq (SMK TC)



Dipendekkan lagi. Banyak lah game yg camp-comand buat, aku nak cerita pun malas. Dari situlah aku mula kenal manusia yang jenis gila gila, yang skema, yang overreacted, yang blur, yang perasan, yang genius, yang kuat berangan, yang kuat tidur, yang ego tinggi, yang baik hati, yang peramah, yang cepat marah, yang duduk bercouple couple pun hado jugak !

Berakhirlah sehari, tinggal lagi dua hari di Bukit Keluang Beach Resort. Kitaorang diberi satu tugasan oleh fasi untuk dibentangkan, jadi nak buat pembentangan tu kena buat perbincangan dulu ye dop. Masa nak buat perbincangan tu kita orang dibawa ke Pantai Bukit Keluang, kebetulan musim ribut, jadi the best ever moment bila kita orang dalam group di tepi pantai tengah bincang bincang ni TIBA-TIBA datang ribut kuat yg teramat ZUUUUUUUUUUUUUUUFFFFFF habis terbang tudung aku, budak lelaki dalam group aku tu (Shuk) siap pergi landing atas kertas mahjong sebab tak nak bagi kertas terbang , aku yang tengah ternganga mulut ni memang telan pasir pantai laaa -.-

Best sangat masa tu. Sebab kertas mahjong tu dah berkedut + kena tempias hujan, apa lagi lari redah hujan lah kita orang cari tempat yg tak kena hujan, cari punya cari, last sekali redah je lah masuk surau dekat pantai tu.

Kita orang dapat tajuk Kesan Penggunaan Social Networking, sebab aku dah macam banyak kali pergi berdebat pakai tajuk ni masa zaman dulu kala, jadi aku tolong la bagi sikit sikit isi untuk group kitorang ni. First sekali si Shuk la pass buku dia suruh aku tulis isi dekat dia. Haa Shuk ni , paling suka sakat Eng (budak Cina group kitorang)

Shuk yang gegila ni pergi pulak suap Twisties dekat aku masa aku tengah tulis isi untuk dia, hah ngaap makan ajola dah lapar mandi hujan hahaha malu teramat .

Jadi malam tu berakhir dengan pembentangan di tepi kolam Bukit Keluang Beach Resort , muka semua blurr masa buat presentation. Macam macam gaya presentation lah, ada Karam Singh Walia (Syed Arsyad budak Penambang) , ada yang bercakap sepatah lepastu sekian terima kasih pun ada , ada yang bercakap siap bagi hadis , memang pergh la..

Masa tengah buat presentation tu aku dapat tahu ada sorang peserta lelaki sekolah SMK Kota ke apa yg terseliuh kaki dia, jd dia tak dapat nak join sekali la even masa first first camp tu dia lah yg over sekali , memang hyperactive sangatlah.

Habis presentation tu fasi - fasi dengan bebudak ada yg karaoke lagu lagu klasik , yg duet pun hado, yang suara sumbang pun hado, yang menyanyi tak nak berhenti pun hado jugak. Amir budak group aku lena je dia tidur masa orang lain tengah karok , nasib baik camp-comand tak nampak.

Lepastu ada kek yg didatangkan khas daripada fasi-fasi untuk bebudak yg lahir bulan September, oh so sweet lah dapat suap suap kek , jealous I .. Aku lahir bulan Mei *bunyi cengkerik* ...



Lepas tu aku dapat tahu budak yang terseliuh kaki tu dihantar ke hospital sebab demam dan khabar anginnya ada orang cakap budak tu ternampak ada bayangan apa entah yg ganggu dia. Whoah berdiri bulu roma, takut jugak, main duduk camp dalam hutan ni haih -.-

Beranjaklah ke hari terakhir kem 27/9 pagi ... Kalau hari sebelumnya pukul 5:30 pagi dah bangun, hari tu pukul 6:30 baru duk dalam shower memang kalut lah. Kebetulan pagi tu group kita orang deal dengan camp-comand nak jadi pembantu instructor aerobic dengan Cikgu Nik (cikgu sekolah aku) atas stage lah. Aku rileks je lah sebab ingat ke budak lain yg naik , sebab stage kecik takkan 10 orang nak naik jadi assistant instructor aerobic, memang runtuh la stage, aik alih alih aku yg kena paksa naik.

Dengan muka setebal gunung, aku naik lah dengan Iqra, hah kontroversi budak zs dgn sic sekejap , haha, aerobik lah atas tu, fuh ketar kut ketar semua orang tengok, setengah jam pulok tu haiyo ma haiyo pa.

Habis aerobik ada lah ceramah untuk last day, apa lagi, tidur ah, letih woi letih. Abende dadah hiv dia tengah cerita aku tak nak ambik tahu dah.

Lepas tu camp-comand bagi peluang utk buat persembahan utk setiap kumpulan untuk tambahkan credit la, makin banyak credit, maka senang la group tu nak menang utk sepanjang camp tu. Aku cadangkan buat lakonan Ombak Rindu. First tu aku ingat nak suruh Shuk jadi Haris sebab Shuk style spontan gitu, last sekali  aku jadi Izzah, Iqra jadi Haris, hambeeekkk kontroversi kedua sic dgn zs. Tp cool jlah sebab nak credit ni, bila naik stage tu memang berdebar la performance kuttt, Iqra dah siap baling tie dah aku ni dalam hati ''amboi over ni over haha'' , so kitorang berlakon babak babak yg memang spontan terus lah. Siap tukar tukar jam haiyo ma haiyo pa hahaha

Lepastu peserta dibagi lagi game hitu game hini sampailah ke sesi bagi hadiah , kira penghujung camp lah ni. Group aku dapat nombor 4 tak silap kalau dikira balik.


So sebelum pergi bilik packing packing barang nak balik, camp-comand kumpulkan peserta dan pasang lagu - nyanyi reramai, k sedih teramat. Masa ni rasa tak nak balik oi tak nak balik oi tak nak balik oi!


Ni first camp la yg aku menangis masa nak balik tu *puih* sedih *puih* . Sebelum balik tu sempat la tangkap tangkap gambar. Toing toing.

CAMP-COMAND TU YANG PAKAI BAJU OREN TU
DARI KANAN (BERDIRI) ROS - FATIMAH - AMIR - SHUK - CAMP-COMAND (TUAN ZARIF) - AKU - SERI - ENG
DARI KANAN (DUDUK) IQRA - HAZIQ - HADIY

SEKIANNNN :)

Tuesday, September 18

Cepisan Buat Arwah Ma

   Membesar sebagai seorang gadis tanpa kasih sayang seorang ibu , namun aku terus berjalan dan melangkah mendaki gunung yang terlalu tinggi bersama sisa-sisa yang diberi Tuhan, hinggalah hari ini uumurku 16 tahun dan hmm 4 bulan 10 hari ? :) Mungkin sesetengah rakan belum mengetahui bahawa ibuku sudah meninggal sejak aku 9 tahun . Waktu itu aku masih kanak-kanak yang tak tahu apa-apa , yang masih terpinga-pinga dengan erti hidup, yang hanya mengikut apa sahaja rentak dunia ini . Namun peninggalan insan yang telah melahirkan aku , cukup membuat umur 9 tahunku dipenuhi dengan pelbagai ranjau dan dugaan.

   Biar orang lihat aku sebagai murid darjah 3 waktu itu, namun pemikiran aku jauh ke depan, pemikiran jauh lebih matang daripada budak lain. Mungkin kerana selepas kematian Ma, mata hatiku mula terbuka untuk melihat dunia, untuk belajar melawan cubaan , untuk belajar berdikari, untuk belajar hidup tanpa bantuan seorang wanita, untuk belajar berjalan tanpa ciuman tanpa pelukan tanpa semangat tanpa dorongan daripada seorang yg bergelar ibu.

  UPSR, PMR dan SPM (yang bakal menjelang) ini aku tempuh seorang diri tanpa secebis pun semangat yang aku peroleh daripada keluargaku , biar daripada ayah mahupun kakak - kakak dan abang - abangku .Dari situ aku mula sedar bahawa kejayaanku selama ini tidak pernah dihargai. Aku mula sedar bahawa setiap perkara yang aku lakukan langsung tidak dipedulikan oleh keluargaku. Aku selalu terkilan. Aku sering menangis. Aku tanya Tuhan , mengapa tidak Kau kurniakan kebahagiaan kepadaku ?

 Melihat teman-teman yang lain, aku dengki dengan kebahagiaan mereka. Makan minum mereka, semua disediakan dari air tangan seorang ibu. Sedangkan aku ? Hanya mampu merasa nasi bungkus tiap-tiap hari. Pantang ada solat hajat atau apa-apa di sekolah, ibu mereka pasti datang memeluk anak-anak mendoakan kejayaan anak-anak, aku cemburu, kerana aku tidak punya ibu lagi untuk aku merasa hal sedemikian.  Kadang-kadang temanku sakit, untungnya mereka kerana ibu yang menjaga siang malam sedangkan aku? Harus merangkak sendiri mencari ubat, aku tahan aku pendam sakit sendiri.

   Tipulah kalau dengan keadaan begini aku tiada masalah. Kadang-kadang terlalu banyak masalah yang harus aku fikirkan dan selesaikan sendiri dalam usia muda , di mana sepatutnya waktu ini aku bersuka ria, paling tidak pun hanya menumpukan perhatian untuk pelajaran aku sahaja, tapi aku matangkan diri aku, aku kuatkan kudrat aku , aku tahu tiada siapa lagi yang mahu mendengar masalahku kecuali Dia, dari situ aku belajar untuk menyimpan dan menyelasaikan masalahku sendiri.

   Di sekolah aku belajar untuk tersenyum , untuk terus ketawa , untuk terus menikmati kebahagiaanku sebagai seorang remaja . Sebab itu tiap-tiap hari aku menghabiskan 12 jam sehari di sekolah. Dari pagi hingga jam 6 petang aku di sekolah, aku selesa di situ. Memanglah hakikatnya rumahku ini jauh lebih kondusif berbanding di sekolah, namun aku temui ketenangan di tempat menuntut ilmu itu. Aku selesa bersendirian sehingga ke lewat petang, bagiku itulah salah satu cara untuk aku tenangkan diri dan menyelesaikan masalahku sendiri.

   Jujur. Semenza ibarat rumah keduaku. Jujur juga aku jarang ponteng sekolah. Tahun lepas hanya sekali dan tahun ini pun hanya sekali sahaja , itupun kerana terlewat bangun tidur. Biasalah, hidup berdua bersama ayahanda di rumah, akulah anak, akulah temannya, akulah yang mengurus hal-hal yang sepatutnya dilakukan oleh seorang isteri. Biarlah. Aku bahagia hidup begini. Abang abang dan kakak kakakku semuanya dah besar , dah ada kerjaya, pulang kampung waktu cuti. Walau jarang berjumpa , namun mereka tetap cahaya hatiku.

     Memanglah.. Pada mulanya susah untuk menerima kenyataan bahawa aku harus menjalani hidup sebagai seorang anak yatim , sendirian. Susah kerana aku seorang perempuan, apalah sangat yang aku boleh kongsi dengan ayahanda.. Kami di rumah seperti housemate. Hmmh. Kadang kadang bercakap, kadang kadang masing masing diam. Sunyi itu memang ada. Namun ini semua mengajar aku menjadi seorang gadis yang lain daripada yang lain. Aku tak rasa umur aku 16, aku rasa aku dah besar sebab dah macam macam benda aku lalui sepanjang hidup aku ni yang tak dilalui oleh orang lain.
 
    Biarlah. Aku bahagia hidup begini. Sudah biasa disakiti, sudah biasa difitnah, sudah biasa dicaci, sudah biasa ditinggalkan, sudah biasa memendam, semuanya aku dah jadi asam garam hidupku. Walaupun dah hampir 7 tahun aku tanpa kasih sayang seorang ibu, namun ayahandaku adalah segala-galanya, dialah ayah , dialah ibu, dialah teman, dialah kekasih .

Aku berpegang kepada prinsip If God Brings Us To It, He Will Bring Us Through It. Setiap masalah pasti ada penyelasainnya. Hadapilah hidup ini dengan penuh kebahagiaan, biarkan kedukaan itu datang dan berlalu, Allah Maha Adil, apa yang Dia ambil, Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih indah !

Assalamualaikum :)

Tuesday, June 12

RINDU .

rindu... 
apa itu rindu .. 
dengan rindu aku belajar menghargai . 
dengan rindu aku belajar mencintai .
dengan rindu aku mampu bergurindam.
kerana rindu aku menangis.
kerana rindu aku lemah tak berdaya.
kerana rindu aku jadi tak keruan. 

Aku adalah seorang perindu . 
Hari-hariku , aku penuhi dengan merindui segenap insan yg aku sayang 
yang berada jauh dari sini. 
Jauh mereka bukan kerana benci , 
tapi jauh kerana amanah. 
Terkadang aku juga tak ingin merindu.. 
siapa kata rindu itu indah?
Indah lah kalau dibalas. 
Tapi jika sebaliknya ? 
Indahkah ? 

Merindui orang di kala aku sunyi.. 
Di kala aku mula mencari kasih di setiap sudut hati. 
Terkadang, 
bila dia ada di sisi, 
aku tak terasa kerinduan itu. 
Tapi apabila saja dia pergi meninggalkanku,
perlahan-lahan hati ini layu dengan rindu . 
Kenangan terindah kita terpamer ,
suara romantismu yang terngiang-ngiang menggigit telinga ini,

Aku mencari kekuatan. 
cuba mencari semangatku kembali.
tapi rindu ini melemahkanku,
bila rinduku tidak dibalas,
terasa seperti hidupku menjadi semakin kecil dan kecil. 
Rindu . yang mengubah segalanya. 
Rindu itu. 
Satu perasaan kasih yang hanya mampu dileraikan dengan mengulangi semula kenangan terindah bersamanya. 
Rinduku bersulam air mata,
dibelai oleh bayu , 
diulit oleh terang cahaya purnama, 
dipujuk rayu oleh sang langit .

Kutitipkan seloka ini, 
Kucalitkan senandung ini,
hanya buatmu,
buatmu yang sedang berseronok di sana, 
gurindam ini bukan setakat puisi, 
kuukirnya dengan sepenuh jiwa, 
walau kutahu ini menganggu kebahagiaanmu, 
sekadar melepaskan rindu, 
taipan oleh jejari ini ikhlas untukmu. 

NUKILAN KHAS SPONTAN DARIPADAKU : 
NUR SHARMILE BINTI NISAR

Saturday, June 9

Semester Kedua

Jam menunjukkan 5:28 pagi. Harini hari Ahad. Hari pertama sekolah bagi semester kedua. Memanglah. Rasa pelik gile sebab tetibe kena pergi sekolah lepas lebih dua minggu kerja tiduuuuuuuuuurrrr dekat rumah,tetiba kena bangun awal, aaaa .

     Tapi itu bukan alasan pertama kenapa aku sungguh tak bersemangat harini. Hmm .. Ya Allah. Rasa seluruh kekuatan aku ibarat hancur lebur. Grr. Aku dapat tahu daripada anak cikgu Biologi aku yg kertas exam Bio yg exam mid-year yg exam sebelum cuti dulu tu, haa, dia kata kertas aku memang aneh gila, bukannya aneh sebab banyak betul dan terlebih genius ke apa, dia kata jawapan aku ni sangat memeningkan sampai teacher sendiri tak  tahu nak bagi markah dekat mana -.-

     You see. Pernah tak kalian mengalami pengalaman macam ni? Haa aku nak tanya sikit.. You know being in class yg majoriti pelajar tak pernah fail dan tak ada pun yg fail , tetibe aku sorang fail , hello , memalukan gile kut. Astaghfirullahalazim..

     Tapi sebenarnya pengalaman macam ini lah yg akan jadi penguat untuk persediaan masa hadapan. Ada hikmah la fail sekarang kan, daripada fail nanti spm? Nauzubillah . Hehe. Kalau kena marah dengan cikgu, kena hukum ke apa, itu akan jadi kenangan terindah buat aku nanti dewasa, kan pengalaman perit tu akan jadi yg manis bila kita ingat kembali . Yang aku perlu buat cuma laluinya. Pahitnya, kelatnya, peritnya, sabarlah.


Thursday, May 31

Malang Cutiku

Semester kedua . Dua minggu cuti . Oh best sangat lah tu . Saudara-mara semuanya pulang ke teratak masing-masing. Yalah. Nama lagi duduk di kampung. Maka orang lah yg pulang menjenguk kita. Hakikatnya sakit di hati hanya aku yg tahu. Pulang mereka hanya memunculkan diri. Tanpa tahu bertanya kemahuan hati ini. Apa lagi yg mampu aku ucapkan. Jika bayang mereka pun jarang di depan mata. Semuanya sibuk dengan urusan, dengan teman masing-masing. Entah namaku pun mungkin dilupakan begitu saja.

      Mungkin ini cuti terakhirku. Memandangkan tahun depan spm, jadi cuti akhir tahun ini bakal dipenuhi dengan kelas tambahan dan tuisyen dan sebagainya, tahun hadapan pula, mungkin akan diisytiharkan tahun pengharaman cuti sehingga tamatnya spm. Hmm. Aku masih senyum. Biarlah. Barangkali mereka tidak mengerti kemahuan seorang remaja sepertiku ini.

      Keinginanku untuk bermanja dengan alam, untuk menikmati indahnya alam ini, untuk berada di kota yg penuh gemerlapan , untuk beristirehat di tempat yg indah . Sebagai mengisi 14 hari ini. Itu mahuku. Atau mungkin mereka mahu aku terus berada dalam rumah ini, menikmati setiap sudut urat dinding rumah ini, dan mungkin kerana itu aku disuruh tinggal sahaja di dalam ini. Sampai bila ? Entah , aku juga tidak mengerti apa yg mereka mahukan daripadaku. Apa sebenarnya matlamat mereka ?

      Menangis aku sendiri. Meratapi malam ini, malam yg tidak pernah ceria seperti malam-malam yg sebelumnya. Cuti ini aku habiskan dengan benda-benda yg tidak berfaedah. Yang langsung membuang masaku, dan justeru membosankan benakku. Entah bilatah aku dapat terbang sebahagia burung-burung itu . Aku ingin bermanja dengan alam. Aku mahu cutiku diisi dengan ketenangan, bukan kebosanan. Namun ternyata tiada siapa yg mengerti . Atau mungkin lebih banyak perkara lain yg mahu mereka fahami, berbanding sedikit keinginanku yg tiada apa-apa makna ini .

Tertakdirnya aku di sini. Bersendirian lagi. 

Saturday, May 26

Bingkisan Buatmu Ke Overseas :)

Rasanya tak tenang kalau saya tak sampaikan kisah ini kepada semua. Kisah cinta monyet seorang remaja , ya remaja. Ketepikan segala kerungsingan, segala masalah, hayatilah kisah ini, semoga dapat menjadi inspirasi kepada kalian. Kisah realiti , yg terjadi sepanjang tempoh 2009 hingga 2012 . Haahh.
    
      Bermula dengan Facebook. Segala-galanya bermula di situ. Aku online, dan seorang hamba Allah yg entah dari mana datang tiba-tiba tegur di chatbox. ''Hai..Boleh berkenalan?'' . Oh, masa tu November 2009, aku baru tingkatan 1 koot. Memandangkan masih tak tahu apa-apa dan masih buta , jadi aku layan je lah budak lelaki ni . Hmm. Dia form 3. Katanya baru habis PMR di SMS Faris Petra. Haa. Faris Petra. Orangnya pasti bijak-bijak kan. Tak sangka pulak aku terbagi nombor telefon bila dipinta. Maka dari situlah bermula keakraban kami.

    Satu hari ni, kami bertukar-tukar password dgn email facebook masing-masing, dan tanpa aku ketahui jugak, dia online facebook aku then siap tegur menegur dengan ex crush dia la kut. Ex crush tu macam dulu dia minat, tp sekarang tak , haa macam tu lah. Kebetulan ex dia tu tua setahun daripada dia, dan perempuan tu sekolah sama dengan aku, and dia tu memang popular giler ah ! Aku apa lagi, berang gila aaa suka hati menyamar pakai akaun fb aku segala.

    Tapi benda tu berakhir di situ lah. Kami pun couple. Hah. Memandangkan faktor usia aku ni yg masih kecik, cinta tu tak ada makna apa-apa pun bagi aku, cakap I LOVE YOU I MISS YOU tu cuma taip je lah, tak ada perasaan apa pun. Dia selalu jugak ajak aku pegi dating, tapi aku cakap ''tunggu umur saya 19 baru boleh'' , memang kesian gila ah dekat dia hampir tiap-tiap hari nak jumpa aku tp tak boleh. Sampailah aku dah rasa boring gila dengan dia ni, aku ajak dia clash.

     Punya la panjang sms aku hantar sebab nk clash dengan dia, then dia tak boleh terima, terus dia kata ''saya nak bunuh diri'', mak ai tekejut bukan kepalang aku, aku pun buat donno je lah ''lantak ah kau nk mampus ke apa aku taknak dah couple ngan kau bye'' . Tak cukup dengan tu, dia ajk lagi aku couple, ajak punya ajak punya ajak punya ajak, aku reject reject reject reject. Sampailah satu hari ni kita orang terus putus hubungan.

    Berita yg aku dapat awal tahun 2010 tu, dia dapat 8A pmr dia. Aku dah mcm whoah hebat gila kutt. Hmm. Lepastu 2010 terus diam . Diam . Diam. Diam. Sampai lah satu hari ni aku nak keluar la pegi outing dengan kawan-kawan, then aku text dia, aku ajak pegi main bowling, saja je ajak-ajak ayam, kut-kut la dia nak pegi sekali mana laa tahu, lepastu girlfriend baru dia serang aku melalui text , aku dah panic dah tapi sakit hati jugak, ai ai , aku pun serang balik budak tu ! kuwang hajo , eee memang nk makan penampo lew.

   Lepastu dia mintak maaf apa semua, aku pun buat tak tahu. Malas ah nak layan lantak kau ah. Berakhirlah tahun 2010 dengan pantasnya, masuk lah 2011, di mana tahun tu aku PMR dan dia SPM. Memandangkan tahun tu aku sibuk sangat jadi tak sempat lah nk ingat pasal dia.Tuptup ada sehari tu cuti Raya China tahun lepas, malam tu aku rasa lapar gila, aku pegi la KFC dgn mak saudara aku ni, memang jodohlah, aku terjumpa dia, dahla pakaian aku selekeh tak nak cakap ahh masa tu, dia pun terkejut jugak sebab dulu dia selalu cakap nak jumpa nak jumpa, hah ambik kau sekarang dah depan mata, dua-dua terpegun. Haha.

   Kemudian dari situ kita orang rapat balik, wah dia dh makin handsome, tinggi, hehe. Tapi lepastu aku let go dia lepas aku tahu dia still couple dgn budak yg serang aku dulu tu. Haah. Berakhirlah di situ kisah kami. Aku pun dah cuba contact contact dia tapi tk dapat, tak tahu lah dia dah benci aku ke apa, sebab aku ingat nombor dia, mmg nombor dia 4 tahun dlm kepala aku.

   Habis PMR, habis SPM.. Masuk tahun 2012 . Aku dapat tahu yg dia dapat 9A SPM, terkejut gila kut, budak yg couple dengan aku tu dapat 9A ? Wooo , bukan senang wei bukan senang. Memang tabiklah . Tapi bila ingat-ingat balik, emh lantak ah kau. Dia pun tak ingat dah aku kut. Dan hari ni, 26 Mei , aku dapat lagi satu berita yg mengatakan dah heboh dah dia dapat pegi overseas , dan dia bakal PILOT !

   WOW ! SUNYI SEKETIKA.. Budak yg dulu aku reject punya reject punya reject, yg dulu nak bunuh diri sebab aku mintak clash apa, hari ni dah nak pegi overseas jadi pilot ? Mak aii dunia dunia . Memang. Aku pun tak pecaya , gila lah dia tu ! Fuh beruntung memang beruntung la kalau dapat jadi bini dia. Eh. Bini pulak. Hah whatever. So. Begitulah. Aku cuma berharap sekarang ni yg Allah temukan aku dgn dia semula, tak kisah walau seminit, aku cuma nak cakap tahniah dekat dia, itu je .

   Dia. Dia first couple aku. Eh couple haram. Haha. So. Kalau awak baca ni, saya nak awak tahu , saya bangga dengan awak. Tahniah. Specially dedicated to RASHWAN HAQEEM RAMLEE. =)

Sunday, April 1

2012 Datang Bagai Ribut Pasir, Hancur Segalanya -.-

Hampir 3 bulan tak menjenguk blog. Hikhok. Apabila saja twitter ada, maka blog dilupakan. HARHARHAR *suka si Maharani*. Btw, ni twitter saya - https://twitter.com/#!/Nursharmile , sila-sila lah follow. Betullah , hampir 90% benda yg jadi tiap-tiap hari , diluahkan di situ. Hmm. Benar jugak kalau si abang saya ni pernah kata , kalau semua benda kita cerita kita share melalui laman sosial , lalu di mana privacy kita? Seolah-olah satu dunia tahu semuanya pasal kita. Macam terlalu terbuka la. 

Tapi ada aku kesah ? Hihi. 

Kalau menurut kebenarannya, memang yalah, you'll know me well when you read my tweets. Sebab saya ni mudah diagak atur gerak jalan saya. Ya. Begitulah ya anak-anak. 

Kenapa 2012 dikatakan datang bagai ribut pasir? Haa. Tahu kan ribut pasir, bila datang ribut pasir, masuk dalam mata, pedih - sakit sangat sangat. Boleh bawak maut lah pendek katanya, bukan sahaja nyawa kita melayang, benda-benda lain, turut musnah, hancur. 

Tapi sebenarnya kemusnahan dan kehancuran tu boleh dielakkan kalau kita bijak merancang. Begitulah definisi buat tahun 2012 ku. Hihi.

Jujur saya katakan, 2012 adalah tahun yg paling bahagia di mana saya dilimpahi dengan kasih sayang yg berlipat kali ganda, memang susah nak nampak saya stres tahun ni. Sebab masalah saya semuanya saya share dengan orang tu orang ni , jadi beban tu rasa ringan lah. Masalah pun cepat selesai . Hmm. Sebab tu semakin muda. Hihi.


Tapi itulah bila datang part yang ada ayat KEMENANGAN dan KEKALAHAN , KEJAYAAN dan KEGAGALAN, terus, ribut pasir itu berputar ligat lalu menyerang segala benda yang aku rancang selama ni. 
Entah. Semua benda yang aku buat tahun ni, aku hadapi kekalahan. Cuma mampu melihat orang lain berjaya dan tersenyum dengan megahnya. 

Hmm. Aku mulakan dengan exam PKBS1 bulan Februari lepas. Aduhai. Markah jatuh dari atas langit ketujuh sampai ke lantai bumi ! BDBUUUMMMMM ! Memanglah masih boleh dibanggakan, ya aku bersyukur, tapi bukan ini yg aku mahu, kegagalan yg aku hadapi, 5A 2B 2C  -  cukup membuktikan bahawa aku tak layak dapat 8A PMR sebenarnya. 


Bayangkan Addmath aku dapat 43% , macam arghh ? Orang lain boleh senang lenang dapat A+ , tapi aku? Bukannya usaha aku tk cukup, aku rasa aku dah berusaha lebih dpd dia, tp kenapa orang lain yg diberikan kejayaan tu ? Bukan nak melawan takdir Allah, tapi yalah, tak apalah, aku redha, kalau itu bertepatan dengan usaha aku selama ni. Atau mungkin ada tersangkut salah dosa dengan mana-mana manusia kutt. Hmm.. 

Yang kedua. Bahas. Tiga kali lawan sic, tiga-tiga kali kalah. Setiap kali habis pertandingan tu mesti control control control muka, balik rumah tu terus tutup muka dengan bantal , menangis bagai nak gila, Ya Allah, pagi petang siang malam aku berlatih berlatih berlatih berlatih, ini yang aku dapat ? Sampai aku korbankan pelbagai benda, rumah tu dah jadi macam hotel dah, sebab 13 jam masa aku habiskan di sekolah setiap hari, berlatih berlatih berlatih, ini aku dapat ? KEKALAHAN BERTURUT-TURUT ?






Tak adilnyaaaaa ! Ya Allah, mengapa mereka yg Kau pihakkan kemenangan sedangkan kami yg berjuang berlatih separuh mati ni Kau hadiahkan kegagalan ? Cukup tiga kali. Cukuplah terpaksa menebal muka jumpa cikgu-cikgu cakap ''kita kalah dengan sic'' , cukuplah ! Cukuplah dikutuk dihina dicaci dengan budak2 form 5 sic yg kata '' oohh tak payah laaa zs masuk bahas , 3 kali dah kalah, balik ahhh!'' , Ya Allah, aku rasa akulah manusia yg paling sabar mengharungi segala benda ni. Aku kuatkan hati, aku kebalkan jiwa, aku tahankan air mata , terus berjalan ke hadapan. 

Tapi ternyata aku juga punyai perasaan , aku sangat sangat mudah putus-asa. Dan kerana itulah selepas tiga kali berturut-turut mengalami kekalahan maka aku bertekad untuk menarik diri dari sebarang pertandingan bahasa. Biarlah pasukan bahas zs terkubur di situ. Biarlah. Cukuplah dengan caci maki, cukuplah dengan limpahan kekalahan demi kekalahan, cukuplah. Aku dah letih . Biarkan aku menjadi insan normal seperti orang lain . 

Ternyata juga perjuanganku belum berakhir, ditugaskan dengan beban untuk menjadi Komander Kawad utk *ah adalaaa* buatkan aku rasa sekali lagi takut, takut untuk berhadapan dengan kegagalan. Aku tahu, sekuat manapun aku berusaha kali ini, kekalahan akan berpihak kepadaku. Firasat aku kuat mengatakan bahawa 2012 ku akan dipenuhi dengan kekalahan dan kegagalan tapi akan diisi dengan kasih sayang yg tiada bandingnya daripada orang-orang yang tersayang . Hmmm. 

Tadi saya, ni aku. Whatever lah Mili ! 



Jadual sekarang pun makin padat. Pagi belajar, petang ajar kawad. Malam study + buat homework. Weekend pegi tuisyen , tak pun pegi Camp mana-mana. Memang tak ada masa nak rehat. Sebab tu blog pun update 4 bulan sekali. Lagipun kalau aku update bukannya ada orang baca lah! hahaha .


So, harini 1 April, merangkap genapnya 7 tahun arwah Ma ke rahmatullah. Heee. Taknak lah cerita sedih sedih. Biarlah yang lepas itu lepas. Kita yang hidup ni harus teruskan kehidupan waima sepahit sekelat segetir mana pun ! Tuntasnya, janganlah jadi macam saya, cepat sangat putus asa. Cukup sudah aku tanggung malu.
ITU ARWAH MA MASA TAHUN 2004 :) SETAHUN SEBELUM DIA MENINGGAL. YANG BUDAK KECIK TU BUKAN SAYA K ! 
 

K. Sampai sini, chiaoo !  

Thursday, January 19

TKC di Bawah Sedarku

keputusan yg amat mengecewakan membawa aku kepada entri setelah seminggu menyepi , hehoo . Ya Allah. aku pun tktahu dtg dari mana kekuatan sampai aku still boleh suka gelak even dengan keadaan yg mmg sememangnya suram ni, hahaha - look ? seriously i'm laughing in my head even not in the expression :D

due to sbp's result . tiga sbb kenapa aku tk dpt sbp.
1- nama aku dh di-blacklist sbb record aku masa 2009 dulu
2- aku tk layak
3- ada hikmah la tuu hehe

so lately ramai la yg text yg call yg itu yg ini semata-mata nk tny dapat ke tk sbp bla bla bla . Aku malas nk jawab soalan yg sama la , dh la jawapan tu pun menyakitkan, mmg la senang keluar dpd mulut tp sakit perit tu dapat rasa sampai ke saraf hati tau . tkpe lah , redho je . lps tau result tu pkl 2 pg smlm, pkl 3.30 pg tu terus aku buat sunat hajat . sujud syukur tu nk buat tp kepala terlalu pening masa tu .

and sorry la yg call sy ke apa tu bukan sy menangis, sy selsema :) Yg dapat sbp tu pegi je lah, bukan senang nk dapat segala mende sbp tu tauu. Ahad ni pegi sekolah sure ramai yg menangis uwa uwa sbb dah nk berpisah kannn . hehe. aku pun kalau dapat sbp bukannya tentu lg aku akn pergi dengan RELA HATI . gtu lahh.

bagi aku, as usual aku ok je, aku maintain cool steady , tp bila nampak muka orang lain pun kecewa dgn aku, mula lah rasa bersalah , mula lah nk menitis air mata slow slow, satu benda je aku rasa masa ni - aku dh kecewakan Dedi. itu je . eey benci la JE JE ni . tu jah ! bye