can i hv for me too ?

-/lesen motor / kereta ((2013))

-/ Iphone 5 ((2013))





Thursday, December 6

BERUBAH !

Assalamualaikum sekarang pukul 7:35 pagi TUJUH DISEMBER 2012 hari JUMAAT bersamaan DUA PULUH EMPAT HARI LAGI NAK MASUK DUA RIBU TIGA BELAS WUUUUUUU eksitednya ! Bangkit semua orang BANGKIT BANGKIT kita ada misi , kita ada matlamat, kita ada wawasan , kita ada impian ! Gunakan 2013 sebaik-baiknya . Buangkan segala nafsu serakah yang ada , hadapkan diri untuk Allah , hidup untuk beribadat kepadaNya ! Bangkitlah wahai manusia !

Sedar atau tidak. Makin hari makin dekat kita kepada kiamat. Sedar atau tidak. Hari-hari yang kita lalui dah berapa juta jam kita bazirkan untuk cinta ? Berapa ribu jam kita luangkan untuk menimba ilmu ? Berapa ratus jam kita gunakan untuk beribadat kepada Yang Esa ? Jadikanlah 2013 sebagai satu permulaan baru untuk gunakan berjuta jam menghadap Ilahi dan menuntut ilmu. Berjaya di dunia , juga di akhirat. InsyAllah..

Sekian ceramah .....

Aku sebenarnya berniat nak berhijrah tahun 2013 ni. Berubah daripada yang jahil dulu kepada yang lebih baik. Memandangkan aku dah agak tahun depan bakal jadi antara tahun aku paling sibuk, emosi mesti dah tak terkawal , makan minum sakit serabai mesti dah tak terjaga. Justeru 24 hari berbaki ni aku akan gunakan sebagai persediaan mental dan fizikal untuk melangkah ke satu tahun yg baru .

Yang paling utama sekali aku mahu meninggalkan alam remaja untuk setahun . Alam percintaan. Alam kebahagiaan sebagai seorang perempuan. Aku nak tinggalkan semua tu. Supaya aku dapat fokus hanya kepada menimba ilmu .. Biarlah. Aku masih boleh bernyawa tanpa semua tu . Kan kan kan ..

Yang kedua aku nak tutup aurat. Ah ini yang paling susah sekali sebenarnya. Bukannya selama ni aku tak pakai tudung , aku pakai. Bukannya selama ni aku tak tutup aurat, cuma terkadang tanpa kita sedar kita sedang memperlihat aurat kita kepada orang lain tanpa sengaja , mungkin depan abang ipar , sepupu , jiran sekeliling .. Lebih susah lagi nak berubah kalau yang bukan muhrim macam abang ipar tinggal serumah dengan kita, kalau selama ni tak pakai tudung depan dia, tiba-tiba satu hari kena pakai tudung bila duduk dalam rumah, kena pakai baju tangan panjang. Itulah yang paling susahnya. Aku pun tak tahu aku mampu atau tak nak mengatasi rasa pelik rasa malu tu .


Tapi InsyAllah aku cuba.. Demi Tuhanku aku akan berusaha untuk menjadi kekasihNya. Aku akan berubah menjadi muslimah sejati . InsyAllah .. Sungguh .. Bukan mudah nak berubah. Banyak benda aku harus lepaskan. Banyak benda aku harus buang. Perit rasanya bila aku harus menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Keadaan yang mana tiada lagi seorang lelaki sebagai pemberi semangat, semuanya atas diriku sendiri. Biarlah. Allah masih ada :) 

Doakan aku .. 

No comments:

Post a Comment