can i hv for me too ?

-/lesen motor / kereta ((2013))

-/ Iphone 5 ((2013))





Sunday, April 1

2012 Datang Bagai Ribut Pasir, Hancur Segalanya -.-

Hampir 3 bulan tak menjenguk blog. Hikhok. Apabila saja twitter ada, maka blog dilupakan. HARHARHAR *suka si Maharani*. Btw, ni twitter saya - https://twitter.com/#!/Nursharmile , sila-sila lah follow. Betullah , hampir 90% benda yg jadi tiap-tiap hari , diluahkan di situ. Hmm. Benar jugak kalau si abang saya ni pernah kata , kalau semua benda kita cerita kita share melalui laman sosial , lalu di mana privacy kita? Seolah-olah satu dunia tahu semuanya pasal kita. Macam terlalu terbuka la. 

Tapi ada aku kesah ? Hihi. 

Kalau menurut kebenarannya, memang yalah, you'll know me well when you read my tweets. Sebab saya ni mudah diagak atur gerak jalan saya. Ya. Begitulah ya anak-anak. 

Kenapa 2012 dikatakan datang bagai ribut pasir? Haa. Tahu kan ribut pasir, bila datang ribut pasir, masuk dalam mata, pedih - sakit sangat sangat. Boleh bawak maut lah pendek katanya, bukan sahaja nyawa kita melayang, benda-benda lain, turut musnah, hancur. 

Tapi sebenarnya kemusnahan dan kehancuran tu boleh dielakkan kalau kita bijak merancang. Begitulah definisi buat tahun 2012 ku. Hihi.

Jujur saya katakan, 2012 adalah tahun yg paling bahagia di mana saya dilimpahi dengan kasih sayang yg berlipat kali ganda, memang susah nak nampak saya stres tahun ni. Sebab masalah saya semuanya saya share dengan orang tu orang ni , jadi beban tu rasa ringan lah. Masalah pun cepat selesai . Hmm. Sebab tu semakin muda. Hihi.


Tapi itulah bila datang part yang ada ayat KEMENANGAN dan KEKALAHAN , KEJAYAAN dan KEGAGALAN, terus, ribut pasir itu berputar ligat lalu menyerang segala benda yang aku rancang selama ni. 
Entah. Semua benda yang aku buat tahun ni, aku hadapi kekalahan. Cuma mampu melihat orang lain berjaya dan tersenyum dengan megahnya. 

Hmm. Aku mulakan dengan exam PKBS1 bulan Februari lepas. Aduhai. Markah jatuh dari atas langit ketujuh sampai ke lantai bumi ! BDBUUUMMMMM ! Memanglah masih boleh dibanggakan, ya aku bersyukur, tapi bukan ini yg aku mahu, kegagalan yg aku hadapi, 5A 2B 2C  -  cukup membuktikan bahawa aku tak layak dapat 8A PMR sebenarnya. 


Bayangkan Addmath aku dapat 43% , macam arghh ? Orang lain boleh senang lenang dapat A+ , tapi aku? Bukannya usaha aku tk cukup, aku rasa aku dah berusaha lebih dpd dia, tp kenapa orang lain yg diberikan kejayaan tu ? Bukan nak melawan takdir Allah, tapi yalah, tak apalah, aku redha, kalau itu bertepatan dengan usaha aku selama ni. Atau mungkin ada tersangkut salah dosa dengan mana-mana manusia kutt. Hmm.. 

Yang kedua. Bahas. Tiga kali lawan sic, tiga-tiga kali kalah. Setiap kali habis pertandingan tu mesti control control control muka, balik rumah tu terus tutup muka dengan bantal , menangis bagai nak gila, Ya Allah, pagi petang siang malam aku berlatih berlatih berlatih berlatih, ini yang aku dapat ? Sampai aku korbankan pelbagai benda, rumah tu dah jadi macam hotel dah, sebab 13 jam masa aku habiskan di sekolah setiap hari, berlatih berlatih berlatih, ini aku dapat ? KEKALAHAN BERTURUT-TURUT ?






Tak adilnyaaaaa ! Ya Allah, mengapa mereka yg Kau pihakkan kemenangan sedangkan kami yg berjuang berlatih separuh mati ni Kau hadiahkan kegagalan ? Cukup tiga kali. Cukuplah terpaksa menebal muka jumpa cikgu-cikgu cakap ''kita kalah dengan sic'' , cukuplah ! Cukuplah dikutuk dihina dicaci dengan budak2 form 5 sic yg kata '' oohh tak payah laaa zs masuk bahas , 3 kali dah kalah, balik ahhh!'' , Ya Allah, aku rasa akulah manusia yg paling sabar mengharungi segala benda ni. Aku kuatkan hati, aku kebalkan jiwa, aku tahankan air mata , terus berjalan ke hadapan. 

Tapi ternyata aku juga punyai perasaan , aku sangat sangat mudah putus-asa. Dan kerana itulah selepas tiga kali berturut-turut mengalami kekalahan maka aku bertekad untuk menarik diri dari sebarang pertandingan bahasa. Biarlah pasukan bahas zs terkubur di situ. Biarlah. Cukuplah dengan caci maki, cukuplah dengan limpahan kekalahan demi kekalahan, cukuplah. Aku dah letih . Biarkan aku menjadi insan normal seperti orang lain . 

Ternyata juga perjuanganku belum berakhir, ditugaskan dengan beban untuk menjadi Komander Kawad utk *ah adalaaa* buatkan aku rasa sekali lagi takut, takut untuk berhadapan dengan kegagalan. Aku tahu, sekuat manapun aku berusaha kali ini, kekalahan akan berpihak kepadaku. Firasat aku kuat mengatakan bahawa 2012 ku akan dipenuhi dengan kekalahan dan kegagalan tapi akan diisi dengan kasih sayang yg tiada bandingnya daripada orang-orang yang tersayang . Hmmm. 

Tadi saya, ni aku. Whatever lah Mili ! 



Jadual sekarang pun makin padat. Pagi belajar, petang ajar kawad. Malam study + buat homework. Weekend pegi tuisyen , tak pun pegi Camp mana-mana. Memang tak ada masa nak rehat. Sebab tu blog pun update 4 bulan sekali. Lagipun kalau aku update bukannya ada orang baca lah! hahaha .


So, harini 1 April, merangkap genapnya 7 tahun arwah Ma ke rahmatullah. Heee. Taknak lah cerita sedih sedih. Biarlah yang lepas itu lepas. Kita yang hidup ni harus teruskan kehidupan waima sepahit sekelat segetir mana pun ! Tuntasnya, janganlah jadi macam saya, cepat sangat putus asa. Cukup sudah aku tanggung malu.
ITU ARWAH MA MASA TAHUN 2004 :) SETAHUN SEBELUM DIA MENINGGAL. YANG BUDAK KECIK TU BUKAN SAYA K ! 
 

K. Sampai sini, chiaoo !  

No comments:

Post a Comment