can i hv for me too ?

-/lesen motor / kereta ((2013))

-/ Iphone 5 ((2013))





Friday, September 28

Kem Gaya Hidup Sihat, Bukit Keluang

First of all lemme tell you that imma too excited to publish the entri, well I shall being in study room atm but nvm , ayuh kita buang masa seketika bersama laporan kem aku hihi.

Ceritanya bermula di stor sukan bila aku ternampak surat yg difaks dari PPD Kota Bharu :

Aku dah macam ''weh mende ni ? Bukit Keluang ? macam best.. eh nak pegi weh nak pegi nak pegi'' . Excited kemain la kan masa tu , akhirnya TER join lah ke kem tu.
Sehari sebelum ke kem tu aku macam tak senang duduk dah sebab masa tu sekolah aku jadi tuan rumah untuk Karnival Sekolah Kluster zon timur , which means kita orang kumpulkan semua sekolah kluster untuk datang dan kiosk-kan kebitaraan masing-masing.

Ye lah kalau pergi kem bermakna tak dapet lah cheq nak jumpaq bebudak hebat hebat ni. Memang dilema sangat sangat. Tapi sebab dah deal dgn pihak sekolah jadi aku gagahkan jugak diri , biarlah, pergilah.

Dipendekkan cerita sampailah aku di Bukit Keluang dengan sorang lagi kawan aku ni.. Okay.. First day was the worsest ever . Rasa nak meneteess air mata woi sedih la aku dah ''apa ni wei tak bestnya kem apa ni wei, tentatif penuh dengan ceramah apa ni wei tsk tsk'' , kawan aku dah macam sawan nak balik. Aku pulak duk kira berapa jam lagi nak balik rumah, padahal baru sampai . Memang terseksa jiwa raga rasa menyesal yg teramat lah ye dop ye dop.

Jadi bila fasi buat pembahagian bilik tu, dia asingkan aku dengan kawan sekolah aku ni, aku dah macam nak menangis dah wei please wei please jangan ah macam ni, aku tak boleh survive sensorang woii.

Fasi : *pegang mic* kalau awak sesuka hati tukar bilik , bersedia untuk menyesal sepanjang kem.
Aku : *tutup mata dengan tudung* *ready nak nangis*
Kawan sekolah (Zack) : *bisik dekat aku* wei no worries , kita tukar je , kita tukar , rilek ah, biar pecah perut jangan pecah di mulut, settle ok?
Aku : *terkejut* tak takut kah kamuuu ?
Zack : rilek derr rilek. Kita taiko bab bab cengni kan.

_________________rahsia pertama yang aku pecahkan di blog hari ini hihihi______________________

Tukarlah bilik senyap senyap hihihi. Masuklah waktu Maghrib yg di mana waktu tu patut semua peserta ke surau untuk solat Maghrib - tazkirah - solat Isya' (berjemaah).

Aku : Weh Zack, aku tak biasa pergi surau solat jemaah time kem cengni, kite sembahyang dalam bilik ah!
Roomate budak SMATAAP : Biar betik ? Kalau dia datang cek acano?
Zack : Alah rilek ah kita tutup ah lampu bilik , tidur ah hihi
Roomate budak Naim : Hish. beraninya..
Aku : Ok lah acani acani , kita solat jemaah Maghrib dalam bilik , sama jugak pahala, 27 jugak kan kan?
Roomate budak SMK Ketereh: Isya' ?
Zack : Habis aktiviti nanti kita masuk bilik sembahyang ahh , dalam pukul 12 tgh malam cenggitu. Amacang?
Roomates : SET !



_______________rahsia kedua yang aku pecahkan di blog hari ini hihihi _________________________

Dipendekkan cerita kita orang satu chalet ni (5 orang) tak pernah pergi solat jemaah dekat surau, hakhakhak.

Jadi malam tu pergi lah ke hall dengan pakai baju sekolah *aku dah macam bengong , tak pernah dibuat orang pakai baju sekolah memalam* , sebab masa tu ada perasmian. Aku dengan Zack apa lagi , tidur lah dalam hall dekat belakang tu, tak larat eh eden nak dengar cik fasi mende duk berasmi rasmi.

Lepas tu ada lah ice breaking apasemua itu ini, ok quite exciting tapi AKU NAK BALIK NAK BALIK !

Aku : Weh Zack jom ah lari balik . Aku ada duit ni .. Kita call je lah teksi ke apa .
Zack : Set weh jom jom balik aku pun dah tak tahan duduk kem ni abende lah ni wei jom jom balik.

Tapi dalam nak balik nak balik tu pun kita orang bertahan la jugak sekuat hati, jadi malam tu peserta dibahagikan kepada 10 orang satu kumpulan (5 orang budak lelaki, 5 orang budak perempuan) memandangkan peserta yg datang cecukup 80 orang, jadi 8 group lah. Memandangkan aku tak boleh satu group dengan Zack, jadi aku kena pepandai lah survive sendiri tsk tsk. So group aku ni, aku cadangkan nama Nasi Lemak Cili Api dan dapat tempat kedua nama tu hahaha credit to me please!

Ketua Kumpulan : Iqra (Budak SIC)
Ahli-ahli : Aku (Zainab 1) , Hadiy, Shuk (SMIP), Eng, Amir, Seri, Ros (SMSI), Fatimah (SMKKB) & Haziq (SMK TC)



Dipendekkan lagi. Banyak lah game yg camp-comand buat, aku nak cerita pun malas. Dari situlah aku mula kenal manusia yang jenis gila gila, yang skema, yang overreacted, yang blur, yang perasan, yang genius, yang kuat berangan, yang kuat tidur, yang ego tinggi, yang baik hati, yang peramah, yang cepat marah, yang duduk bercouple couple pun hado jugak !

Berakhirlah sehari, tinggal lagi dua hari di Bukit Keluang Beach Resort. Kitaorang diberi satu tugasan oleh fasi untuk dibentangkan, jadi nak buat pembentangan tu kena buat perbincangan dulu ye dop. Masa nak buat perbincangan tu kita orang dibawa ke Pantai Bukit Keluang, kebetulan musim ribut, jadi the best ever moment bila kita orang dalam group di tepi pantai tengah bincang bincang ni TIBA-TIBA datang ribut kuat yg teramat ZUUUUUUUUUUUUUUUFFFFFF habis terbang tudung aku, budak lelaki dalam group aku tu (Shuk) siap pergi landing atas kertas mahjong sebab tak nak bagi kertas terbang , aku yang tengah ternganga mulut ni memang telan pasir pantai laaa -.-

Best sangat masa tu. Sebab kertas mahjong tu dah berkedut + kena tempias hujan, apa lagi lari redah hujan lah kita orang cari tempat yg tak kena hujan, cari punya cari, last sekali redah je lah masuk surau dekat pantai tu.

Kita orang dapat tajuk Kesan Penggunaan Social Networking, sebab aku dah macam banyak kali pergi berdebat pakai tajuk ni masa zaman dulu kala, jadi aku tolong la bagi sikit sikit isi untuk group kitorang ni. First sekali si Shuk la pass buku dia suruh aku tulis isi dekat dia. Haa Shuk ni , paling suka sakat Eng (budak Cina group kitorang)

Shuk yang gegila ni pergi pulak suap Twisties dekat aku masa aku tengah tulis isi untuk dia, hah ngaap makan ajola dah lapar mandi hujan hahaha malu teramat .

Jadi malam tu berakhir dengan pembentangan di tepi kolam Bukit Keluang Beach Resort , muka semua blurr masa buat presentation. Macam macam gaya presentation lah, ada Karam Singh Walia (Syed Arsyad budak Penambang) , ada yang bercakap sepatah lepastu sekian terima kasih pun ada , ada yang bercakap siap bagi hadis , memang pergh la..

Masa tengah buat presentation tu aku dapat tahu ada sorang peserta lelaki sekolah SMK Kota ke apa yg terseliuh kaki dia, jd dia tak dapat nak join sekali la even masa first first camp tu dia lah yg over sekali , memang hyperactive sangatlah.

Habis presentation tu fasi - fasi dengan bebudak ada yg karaoke lagu lagu klasik , yg duet pun hado, yang suara sumbang pun hado, yang menyanyi tak nak berhenti pun hado jugak. Amir budak group aku lena je dia tidur masa orang lain tengah karok , nasib baik camp-comand tak nampak.

Lepastu ada kek yg didatangkan khas daripada fasi-fasi untuk bebudak yg lahir bulan September, oh so sweet lah dapat suap suap kek , jealous I .. Aku lahir bulan Mei *bunyi cengkerik* ...



Lepas tu aku dapat tahu budak yang terseliuh kaki tu dihantar ke hospital sebab demam dan khabar anginnya ada orang cakap budak tu ternampak ada bayangan apa entah yg ganggu dia. Whoah berdiri bulu roma, takut jugak, main duduk camp dalam hutan ni haih -.-

Beranjaklah ke hari terakhir kem 27/9 pagi ... Kalau hari sebelumnya pukul 5:30 pagi dah bangun, hari tu pukul 6:30 baru duk dalam shower memang kalut lah. Kebetulan pagi tu group kita orang deal dengan camp-comand nak jadi pembantu instructor aerobic dengan Cikgu Nik (cikgu sekolah aku) atas stage lah. Aku rileks je lah sebab ingat ke budak lain yg naik , sebab stage kecik takkan 10 orang nak naik jadi assistant instructor aerobic, memang runtuh la stage, aik alih alih aku yg kena paksa naik.

Dengan muka setebal gunung, aku naik lah dengan Iqra, hah kontroversi budak zs dgn sic sekejap , haha, aerobik lah atas tu, fuh ketar kut ketar semua orang tengok, setengah jam pulok tu haiyo ma haiyo pa.

Habis aerobik ada lah ceramah untuk last day, apa lagi, tidur ah, letih woi letih. Abende dadah hiv dia tengah cerita aku tak nak ambik tahu dah.

Lepas tu camp-comand bagi peluang utk buat persembahan utk setiap kumpulan untuk tambahkan credit la, makin banyak credit, maka senang la group tu nak menang utk sepanjang camp tu. Aku cadangkan buat lakonan Ombak Rindu. First tu aku ingat nak suruh Shuk jadi Haris sebab Shuk style spontan gitu, last sekali  aku jadi Izzah, Iqra jadi Haris, hambeeekkk kontroversi kedua sic dgn zs. Tp cool jlah sebab nak credit ni, bila naik stage tu memang berdebar la performance kuttt, Iqra dah siap baling tie dah aku ni dalam hati ''amboi over ni over haha'' , so kitorang berlakon babak babak yg memang spontan terus lah. Siap tukar tukar jam haiyo ma haiyo pa hahaha

Lepastu peserta dibagi lagi game hitu game hini sampailah ke sesi bagi hadiah , kira penghujung camp lah ni. Group aku dapat nombor 4 tak silap kalau dikira balik.


So sebelum pergi bilik packing packing barang nak balik, camp-comand kumpulkan peserta dan pasang lagu - nyanyi reramai, k sedih teramat. Masa ni rasa tak nak balik oi tak nak balik oi tak nak balik oi!


Ni first camp la yg aku menangis masa nak balik tu *puih* sedih *puih* . Sebelum balik tu sempat la tangkap tangkap gambar. Toing toing.

CAMP-COMAND TU YANG PAKAI BAJU OREN TU
DARI KANAN (BERDIRI) ROS - FATIMAH - AMIR - SHUK - CAMP-COMAND (TUAN ZARIF) - AKU - SERI - ENG
DARI KANAN (DUDUK) IQRA - HAZIQ - HADIY

SEKIANNNN :)

No comments:

Post a Comment