can i hv for me too ?

-/lesen motor / kereta ((2013))

-/ Iphone 5 ((2013))





Thursday, May 31

Malang Cutiku

Semester kedua . Dua minggu cuti . Oh best sangat lah tu . Saudara-mara semuanya pulang ke teratak masing-masing. Yalah. Nama lagi duduk di kampung. Maka orang lah yg pulang menjenguk kita. Hakikatnya sakit di hati hanya aku yg tahu. Pulang mereka hanya memunculkan diri. Tanpa tahu bertanya kemahuan hati ini. Apa lagi yg mampu aku ucapkan. Jika bayang mereka pun jarang di depan mata. Semuanya sibuk dengan urusan, dengan teman masing-masing. Entah namaku pun mungkin dilupakan begitu saja.

      Mungkin ini cuti terakhirku. Memandangkan tahun depan spm, jadi cuti akhir tahun ini bakal dipenuhi dengan kelas tambahan dan tuisyen dan sebagainya, tahun hadapan pula, mungkin akan diisytiharkan tahun pengharaman cuti sehingga tamatnya spm. Hmm. Aku masih senyum. Biarlah. Barangkali mereka tidak mengerti kemahuan seorang remaja sepertiku ini.

      Keinginanku untuk bermanja dengan alam, untuk menikmati indahnya alam ini, untuk berada di kota yg penuh gemerlapan , untuk beristirehat di tempat yg indah . Sebagai mengisi 14 hari ini. Itu mahuku. Atau mungkin mereka mahu aku terus berada dalam rumah ini, menikmati setiap sudut urat dinding rumah ini, dan mungkin kerana itu aku disuruh tinggal sahaja di dalam ini. Sampai bila ? Entah , aku juga tidak mengerti apa yg mereka mahukan daripadaku. Apa sebenarnya matlamat mereka ?

      Menangis aku sendiri. Meratapi malam ini, malam yg tidak pernah ceria seperti malam-malam yg sebelumnya. Cuti ini aku habiskan dengan benda-benda yg tidak berfaedah. Yang langsung membuang masaku, dan justeru membosankan benakku. Entah bilatah aku dapat terbang sebahagia burung-burung itu . Aku ingin bermanja dengan alam. Aku mahu cutiku diisi dengan ketenangan, bukan kebosanan. Namun ternyata tiada siapa yg mengerti . Atau mungkin lebih banyak perkara lain yg mahu mereka fahami, berbanding sedikit keinginanku yg tiada apa-apa makna ini .

Tertakdirnya aku di sini. Bersendirian lagi. 

No comments:

Post a Comment