can i hv for me too ?

-/lesen motor / kereta ((2013))

-/ Iphone 5 ((2013))





Tuesday, June 12

RINDU .

rindu... 
apa itu rindu .. 
dengan rindu aku belajar menghargai . 
dengan rindu aku belajar mencintai .
dengan rindu aku mampu bergurindam.
kerana rindu aku menangis.
kerana rindu aku lemah tak berdaya.
kerana rindu aku jadi tak keruan. 

Aku adalah seorang perindu . 
Hari-hariku , aku penuhi dengan merindui segenap insan yg aku sayang 
yang berada jauh dari sini. 
Jauh mereka bukan kerana benci , 
tapi jauh kerana amanah. 
Terkadang aku juga tak ingin merindu.. 
siapa kata rindu itu indah?
Indah lah kalau dibalas. 
Tapi jika sebaliknya ? 
Indahkah ? 

Merindui orang di kala aku sunyi.. 
Di kala aku mula mencari kasih di setiap sudut hati. 
Terkadang, 
bila dia ada di sisi, 
aku tak terasa kerinduan itu. 
Tapi apabila saja dia pergi meninggalkanku,
perlahan-lahan hati ini layu dengan rindu . 
Kenangan terindah kita terpamer ,
suara romantismu yang terngiang-ngiang menggigit telinga ini,

Aku mencari kekuatan. 
cuba mencari semangatku kembali.
tapi rindu ini melemahkanku,
bila rinduku tidak dibalas,
terasa seperti hidupku menjadi semakin kecil dan kecil. 
Rindu . yang mengubah segalanya. 
Rindu itu. 
Satu perasaan kasih yang hanya mampu dileraikan dengan mengulangi semula kenangan terindah bersamanya. 
Rinduku bersulam air mata,
dibelai oleh bayu , 
diulit oleh terang cahaya purnama, 
dipujuk rayu oleh sang langit .

Kutitipkan seloka ini, 
Kucalitkan senandung ini,
hanya buatmu,
buatmu yang sedang berseronok di sana, 
gurindam ini bukan setakat puisi, 
kuukirnya dengan sepenuh jiwa, 
walau kutahu ini menganggu kebahagiaanmu, 
sekadar melepaskan rindu, 
taipan oleh jejari ini ikhlas untukmu. 

NUKILAN KHAS SPONTAN DARIPADAKU : 
NUR SHARMILE BINTI NISAR

No comments:

Post a Comment