Membesar sebagai seorang gadis tanpa kasih sayang seorang ibu , namun aku terus berjalan dan melangkah mendaki gunung yang terlalu tinggi bersama sisa-sisa yang diberi Tuhan, hinggalah hari ini uumurku 16 tahun dan hmm 4 bulan 10 hari ? :) Mungkin sesetengah rakan belum mengetahui bahawa ibuku sudah meninggal sejak aku 9 tahun . Waktu itu aku masih kanak-kanak yang tak tahu apa-apa , yang masih terpinga-pinga dengan erti hidup, yang hanya mengikut apa sahaja rentak dunia ini . Namun peninggalan insan yang telah melahirkan aku , cukup membuat umur 9 tahunku dipenuhi dengan pelbagai ranjau dan dugaan.
Biar orang lihat aku sebagai murid darjah 3 waktu itu, namun pemikiran aku jauh ke depan, pemikiran jauh lebih matang daripada budak lain. Mungkin kerana selepas kematian Ma, mata hatiku mula terbuka untuk melihat dunia, untuk belajar melawan cubaan , untuk belajar berdikari, untuk belajar hidup tanpa bantuan seorang wanita, untuk belajar berjalan tanpa ciuman tanpa pelukan tanpa semangat tanpa dorongan daripada seorang yg bergelar ibu.
UPSR, PMR dan SPM (yang bakal menjelang) ini aku tempuh seorang diri tanpa secebis pun semangat yang aku peroleh daripada keluargaku , biar daripada ayah mahupun kakak - kakak dan abang - abangku .Dari situ aku mula sedar bahawa kejayaanku selama ini tidak pernah dihargai. Aku mula sedar bahawa setiap perkara yang aku lakukan langsung tidak dipedulikan oleh keluargaku. Aku selalu terkilan. Aku sering menangis. Aku tanya Tuhan , mengapa tidak Kau kurniakan kebahagiaan kepadaku ?
Melihat teman-teman yang lain, aku dengki dengan kebahagiaan mereka. Makan minum mereka, semua disediakan dari air tangan seorang ibu. Sedangkan aku ? Hanya mampu merasa nasi bungkus tiap-tiap hari. Pantang ada solat hajat atau apa-apa di sekolah, ibu mereka pasti datang memeluk anak-anak mendoakan kejayaan anak-anak, aku cemburu, kerana aku tidak punya ibu lagi untuk aku merasa hal sedemikian. Kadang-kadang temanku sakit, untungnya mereka kerana ibu yang menjaga siang malam sedangkan aku? Harus merangkak sendiri mencari ubat, aku tahan aku pendam sakit sendiri.
Tipulah kalau dengan keadaan begini aku tiada masalah. Kadang-kadang terlalu banyak masalah yang harus aku fikirkan dan selesaikan sendiri dalam usia muda , di mana sepatutnya waktu ini aku bersuka ria, paling tidak pun hanya menumpukan perhatian untuk pelajaran aku sahaja, tapi aku matangkan diri aku, aku kuatkan kudrat aku , aku tahu tiada siapa lagi yang mahu mendengar masalahku kecuali Dia, dari situ aku belajar untuk menyimpan dan menyelasaikan masalahku sendiri.
Di sekolah aku belajar untuk tersenyum , untuk terus ketawa , untuk terus menikmati kebahagiaanku sebagai seorang remaja . Sebab itu tiap-tiap hari aku menghabiskan 12 jam sehari di sekolah. Dari pagi hingga jam 6 petang aku di sekolah, aku selesa di situ. Memanglah hakikatnya rumahku ini jauh lebih kondusif berbanding di sekolah, namun aku temui ketenangan di tempat menuntut ilmu itu. Aku selesa bersendirian sehingga ke lewat petang, bagiku itulah salah satu cara untuk aku tenangkan diri dan menyelesaikan masalahku sendiri.
Jujur. Semenza ibarat rumah keduaku. Jujur juga aku jarang ponteng sekolah. Tahun lepas hanya sekali dan tahun ini pun hanya sekali sahaja , itupun kerana terlewat bangun tidur. Biasalah, hidup berdua bersama ayahanda di rumah, akulah anak, akulah temannya, akulah yang mengurus hal-hal yang sepatutnya dilakukan oleh seorang isteri. Biarlah. Aku bahagia hidup begini. Abang abang dan kakak kakakku semuanya dah besar , dah ada kerjaya, pulang kampung waktu cuti. Walau jarang berjumpa , namun mereka tetap cahaya hatiku.
Memanglah.. Pada mulanya susah untuk menerima kenyataan bahawa aku harus menjalani hidup sebagai seorang anak yatim , sendirian. Susah kerana aku seorang perempuan, apalah sangat yang aku boleh kongsi dengan ayahanda.. Kami di rumah seperti housemate. Hmmh. Kadang kadang bercakap, kadang kadang masing masing diam. Sunyi itu memang ada. Namun ini semua mengajar aku menjadi seorang gadis yang lain daripada yang lain. Aku tak rasa umur aku 16, aku rasa aku dah besar sebab dah macam macam benda aku lalui sepanjang hidup aku ni yang tak dilalui oleh orang lain.
Biarlah. Aku bahagia hidup begini. Sudah biasa disakiti, sudah biasa difitnah, sudah biasa dicaci, sudah biasa ditinggalkan, sudah biasa memendam, semuanya aku dah jadi asam garam hidupku. Walaupun dah hampir 7 tahun aku tanpa kasih sayang seorang ibu, namun ayahandaku adalah segala-galanya, dialah ayah , dialah ibu, dialah teman, dialah kekasih .
Aku berpegang kepada prinsip If God Brings Us To It, He Will Bring Us Through It. Setiap masalah pasti ada penyelasainnya. Hadapilah hidup ini dengan penuh kebahagiaan, biarkan kedukaan itu datang dan berlalu, Allah Maha Adil, apa yang Dia ambil, Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih indah !
Assalamualaikum :)

Sayang, sabarlah sayang. Aku masih ada di sini mendoakan kesejahteraanmu. Hanya itu mampu ku lakukan. Tangan ku tak tergapai tanganmu. Sabarlah selagi masih boleh bersabar. Bertahanlah selagi boleh bertahan. Sahabatmu.
ReplyDelete