ok off song . horhor ( minat je aku ayat tu skrg ) hehe . rite . mp3 dh off. sekarang nk meluahkan perasaan. yalah. ni aku terasa nk buat puisi ni. ohohh . terimalah . puisi live dpd sy *hehe* ;
langit berbaris-baris jingga
angin berderu lagi buat kesekian kali
dedaunan mula mengawal tari
bunga-bungaan gugur dan bertaburan di tanah
aku sunyi.
sungguh .
aku sunyi.
bias-bias suara dari jalan kedengaran
mungkin semuanya sedang sibuk menguruskan hal duniawi mereka
meninggalkan aku seorang di malam ini.
titis-titis hujan mula menurun .
hanya sebentar mungkin menjenguk alam
kini suara-suara kedengaran lagi
suara-suara bahagia
gelak tawa dan senyuman jelas tergaris di wajah mereka
menyerahkan aku..
dalam kebosanan..
Bosan.
kerana hanya aku yang bersungguh-sungguh.
hanya aku yg mengejar
hanya aku yg prihatin
hanya aku yg melakukan segalanya..
apakah semua orang begini sikapnya ?
ego ?
tahukah kalian aku menunggu kalian ?
tahukah kalian malamku sering kali menangis kerana kalian ?
tahukah kalian hati ini sentiasa mengadu sendiri kepada jiwa ?
tahukah kalian bahawa aku tiada sesiapa lg untuk dicurahkan kasihku ?
tahukah kalian aku menyesal mengenali orang2 sperti kalian ?
menyesalkah aku ?
bukankah itu satu takdir ?
Ya.
itu satu takdir.
tapi mengapa takdir selalu membelakangi aku ?
seolah-olah tidak sedikitpun keinginan utk membahagiakanku ?
wajarkah hamba hina ini meratapi takdirMu ?
ahh . khilafku !
khilafku !
semuanya khilafku !
sekian . itulah saya pada mlm ini..
No comments:
Post a Comment