can i hv for me too ?

-/lesen motor / kereta ((2013))

-/ Iphone 5 ((2013))





Tuesday, June 12

RINDU .

rindu... 
apa itu rindu .. 
dengan rindu aku belajar menghargai . 
dengan rindu aku belajar mencintai .
dengan rindu aku mampu bergurindam.
kerana rindu aku menangis.
kerana rindu aku lemah tak berdaya.
kerana rindu aku jadi tak keruan. 

Aku adalah seorang perindu . 
Hari-hariku , aku penuhi dengan merindui segenap insan yg aku sayang 
yang berada jauh dari sini. 
Jauh mereka bukan kerana benci , 
tapi jauh kerana amanah. 
Terkadang aku juga tak ingin merindu.. 
siapa kata rindu itu indah?
Indah lah kalau dibalas. 
Tapi jika sebaliknya ? 
Indahkah ? 

Merindui orang di kala aku sunyi.. 
Di kala aku mula mencari kasih di setiap sudut hati. 
Terkadang, 
bila dia ada di sisi, 
aku tak terasa kerinduan itu. 
Tapi apabila saja dia pergi meninggalkanku,
perlahan-lahan hati ini layu dengan rindu . 
Kenangan terindah kita terpamer ,
suara romantismu yang terngiang-ngiang menggigit telinga ini,

Aku mencari kekuatan. 
cuba mencari semangatku kembali.
tapi rindu ini melemahkanku,
bila rinduku tidak dibalas,
terasa seperti hidupku menjadi semakin kecil dan kecil. 
Rindu . yang mengubah segalanya. 
Rindu itu. 
Satu perasaan kasih yang hanya mampu dileraikan dengan mengulangi semula kenangan terindah bersamanya. 
Rinduku bersulam air mata,
dibelai oleh bayu , 
diulit oleh terang cahaya purnama, 
dipujuk rayu oleh sang langit .

Kutitipkan seloka ini, 
Kucalitkan senandung ini,
hanya buatmu,
buatmu yang sedang berseronok di sana, 
gurindam ini bukan setakat puisi, 
kuukirnya dengan sepenuh jiwa, 
walau kutahu ini menganggu kebahagiaanmu, 
sekadar melepaskan rindu, 
taipan oleh jejari ini ikhlas untukmu. 

NUKILAN KHAS SPONTAN DARIPADAKU : 
NUR SHARMILE BINTI NISAR

Saturday, June 9

Semester Kedua

Jam menunjukkan 5:28 pagi. Harini hari Ahad. Hari pertama sekolah bagi semester kedua. Memanglah. Rasa pelik gile sebab tetibe kena pergi sekolah lepas lebih dua minggu kerja tiduuuuuuuuuurrrr dekat rumah,tetiba kena bangun awal, aaaa .

     Tapi itu bukan alasan pertama kenapa aku sungguh tak bersemangat harini. Hmm .. Ya Allah. Rasa seluruh kekuatan aku ibarat hancur lebur. Grr. Aku dapat tahu daripada anak cikgu Biologi aku yg kertas exam Bio yg exam mid-year yg exam sebelum cuti dulu tu, haa, dia kata kertas aku memang aneh gila, bukannya aneh sebab banyak betul dan terlebih genius ke apa, dia kata jawapan aku ni sangat memeningkan sampai teacher sendiri tak  tahu nak bagi markah dekat mana -.-

     You see. Pernah tak kalian mengalami pengalaman macam ni? Haa aku nak tanya sikit.. You know being in class yg majoriti pelajar tak pernah fail dan tak ada pun yg fail , tetibe aku sorang fail , hello , memalukan gile kut. Astaghfirullahalazim..

     Tapi sebenarnya pengalaman macam ini lah yg akan jadi penguat untuk persediaan masa hadapan. Ada hikmah la fail sekarang kan, daripada fail nanti spm? Nauzubillah . Hehe. Kalau kena marah dengan cikgu, kena hukum ke apa, itu akan jadi kenangan terindah buat aku nanti dewasa, kan pengalaman perit tu akan jadi yg manis bila kita ingat kembali . Yang aku perlu buat cuma laluinya. Pahitnya, kelatnya, peritnya, sabarlah.