can i hv for me too ?

-/lesen motor / kereta ((2013))

-/ Iphone 5 ((2013))





Thursday, January 19

TKC di Bawah Sedarku

keputusan yg amat mengecewakan membawa aku kepada entri setelah seminggu menyepi , hehoo . Ya Allah. aku pun tktahu dtg dari mana kekuatan sampai aku still boleh suka gelak even dengan keadaan yg mmg sememangnya suram ni, hahaha - look ? seriously i'm laughing in my head even not in the expression :D

due to sbp's result . tiga sbb kenapa aku tk dpt sbp.
1- nama aku dh di-blacklist sbb record aku masa 2009 dulu
2- aku tk layak
3- ada hikmah la tuu hehe

so lately ramai la yg text yg call yg itu yg ini semata-mata nk tny dapat ke tk sbp bla bla bla . Aku malas nk jawab soalan yg sama la , dh la jawapan tu pun menyakitkan, mmg la senang keluar dpd mulut tp sakit perit tu dapat rasa sampai ke saraf hati tau . tkpe lah , redho je . lps tau result tu pkl 2 pg smlm, pkl 3.30 pg tu terus aku buat sunat hajat . sujud syukur tu nk buat tp kepala terlalu pening masa tu .

and sorry la yg call sy ke apa tu bukan sy menangis, sy selsema :) Yg dapat sbp tu pegi je lah, bukan senang nk dapat segala mende sbp tu tauu. Ahad ni pegi sekolah sure ramai yg menangis uwa uwa sbb dah nk berpisah kannn . hehe. aku pun kalau dapat sbp bukannya tentu lg aku akn pergi dengan RELA HATI . gtu lahh.

bagi aku, as usual aku ok je, aku maintain cool steady , tp bila nampak muka orang lain pun kecewa dgn aku, mula lah rasa bersalah , mula lah nk menitis air mata slow slow, satu benda je aku rasa masa ni - aku dh kecewakan Dedi. itu je . eey benci la JE JE ni . tu jah ! bye

Thursday, January 12

Dari Kuala Lumpur :)

actually i've made this when I was at KL last week. Kind of expired-poem . It's about my travel to ibu kota and what did I see along the journey to reach there. Bcs at that time , I was always being leave alone which was the very suit moment where my mind starts to create word by word inspired by nature, people, things I saw around me. But the poem hang at the end while I was not having any much idea at tht time. Such funny right, ok no.Andd no doubt it's cheesy and corny of course, haha . You're free to read if you want to :)
Have a blast Friday night . Assalamualaikum


Bersendirian aku duduk di bangku simen bersama bagasi
Malam yg penuh sesak di Stesen Bas
Namun pandanganku cuma tertacap ke satu arah
Khusyuk aku perhatikan pohon-pohon mengayun laju dibuai bayu malam
Dan tanganku masih memegang gadget ,
Berhubung dengan si dia -.-


Kemewahan bas dua tingkat itu sememangnya
mampu menggamit perhatian setiap penumpang.
Sehingga aku sendiri terpegun dengan sofistikasi yg disediakan pihak mereka.
Rasa macam tk mahu ke mana lagi
Dalam diam aku panjatkan doa supaya perjalanan kami selamat -.-


Aku tersedar sebaik sahaja terasa urat sarafku tertarik-tarik
Sejuk penghawa dingin dapat dirasai hingga ke tulang hitam
Melihat ayahanda di sebelah sedang lena dibuai mimpi
Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap
Sekali lagi aku tersenyum melihat keindahan alam
Bulan gibbous menyuluh seluruh kawasan langit
Bintang – bintang bertaburan bersama sinaran yg tk pernah berhenti berkilau
Bulan mengiringiku sepanjang perjalanan
Kadang menyorok di balik bukit-bukau
Kadang turun mencecah lantai langit
Andai dapat aku kongsikan kegembiraan ini dengannya
Kata hatiku tegas membilang bahawa dia sudah tidur
Dan hanya Tuhan yg tahu betapa aku merinduinya ,
Hari ini,
Genap 28 hari kasih sayang kami kongsi ,
Suka dan duka kami saling ada bersama J


Raub .
Yang menyimpan sejuta satu kenangan waktu zaman kanak-kanakkku
Tempat yg selalu aku kunjung kalau ada waktu terluang .
Kulihat deretan kedai di sepanjang jalan,
Kebanyakannya bukan bumiputera yg menetap di situ,
Kuil dan gereja pun megah didirikan bagai lupa asal nama negara ini .
Lucu sebentar aku .
Di sebelahnya ada jirat orang Cina ,
Tersusun dari bawah hingga ke atas.
Lucu bila terkenangkan lumrah hidup  mereka .
Ketika masih bernyawa mereka bekerja hingga tk kenal letih,
Dan bila sudah tiada nyawa mereka ditanam di jirat itu .
Bukan niatku utk mempersenda agamanya
Kerana itu adalah lumrah hidup semua manusia tk kira agama ,
Cuma terdetik di hati rasa lucu .

Sampai juga aku ke ibu kota
Hentian Putra sesak dengan orang ramai
Yang datang dengan pelbagai tujuan masing-masing
Walau baru terang-terang tanah,
Tapi masyarakatnya sudah sibuk mencari rezeki
Tak kira kantuk atau apa .
Aku ditinggalkan lagi bersendirian ,
Mata kembali kuyu bersama badan yg lemah ,
Akhirnya aku terlelap ketika duduk di kerusi tempat ruangan menunggu .


Pertama kali membonceng motor di Bandaraya
Sambil tangan terpegang beg berisi kamera ,
Roda motor berputar-putar menyusuri jalan raya di ibu kota ,
Tudungku sesekali diterbangkan angin ,
Tenang sungguh rasanya ,
Perjalanan yg lancar tanpa sebarang kesulitan .
6.30 pagi .
Motor kami menyusuri Jalan Kampung Baru  ,
Kelihatanlah seorang murid Cina berjalan kaki di panjang jalan
Terlalu awal bagiku kalau hendak ke sekolah -.-