can i hv for me too ?

-/lesen motor / kereta ((2013))

-/ Iphone 5 ((2013))





Sunday, November 20

Kasih AYAHANDAKU .

1955 . Di sebuah bandar kecil di Pakistan , lahirnya seorang putera tanggal 07 Julai . Yang diberi nama Nisar Ahmad Salimi berbapakan Mohd Noor. Lahir dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan. Dia membesar dengan hanya berlandaskan satu prinsip - bersyukurlah dengan apa yg ada. Dia tak pernah meminta yg lebih daripada mak ayahnya . Menjelang umur 17 tahun , dia merantau ke serata dunia . Itulah pengalamannya yg dia katakan 'saya takkan lupa sampai mati' . Merantau ke negara orang dan hidup berdikari demi mencari sebuah erti kehidupan .

Sehinggalah sampainya dia di sebuah negara bernama Malaysia . Dipendekkan cerita, dia bertemu dengan seorang gadis sewaktu sedang mencari kerja di sebuah negeri dalam Malaysia - Kelantan . Pertemuan yang membawa kepada pernikahan.



Untunglah , sebab bapa mertuanya tu pun orang India . Sejak dari perkahwinan itu, dia merantau lagi ke serata Malaysia utk berniaga. Meninggalkan si isteri yang berkerja sambilan sebagai tukang jahit. Rumit baginya kerana dia adalah seorang yg berwarganegara Pakistan, nak bercakap Melayu pun berbelit-belit , nak menulis dalam bahasa rumi pun sampai sekarang terbalik-balik ayat.

Mendapat 6 orang cahaya mata . tiga lelaki - tiga perempuan . Enam orang anak ini lah yg menjadi tarikan orang kampung, kerana keenam-enamnya berhidung mancung ;). Kehilangan isterinya yang dicintai sewaktu dia berusia 49 tahun. Susulan itu , ibu dan ayahnya di Pakistan pula meninggal.  Sejak dari tarikh itu, dia tak lagi pulang ke Pakistan, katanya 'dah tak ada sesiapa yg tinggal di sana' .

Bermulalah hidupnya yang baru tanggal 1 April 2005 sebagai seorang bapa tunggal dan seorang yang sebatang kara - tak punya sesiapa lagi di tempat tinggalnya, iaitu di Kota Bharu . Sewaktu itu , anak-anaknya sudah pun faham erti sebenar kehidupan. Dia lah yang menjadi ayah, dia lah yang menjadi ibu.

Dialah Dedi saya - anak bongsunya yang satu-satunya lebih banyak meluangkan masa dengannya. Saya lah yang banyak meyusahkan hidupnya. Tapi sayalah anak kesayangannya. ;)

Itulah serba sedikit mengenai kisah hidup Di . bukannya hari ni saya nak bercerita pasal itu. Tapi hari ni saya terfikirkan satu benda , iaitu erti PENGHARGAAN . Seperti yang aku kata, nilah entri pertama yang perut aku sangat2 memulas gila2 time nak mengarang . anyway ini bukan karangan , ini REALITI. aku cuma nak korang sedar, nak korang hargai parents korang , nak korang bersyukur dengan apa yg Allah bagi. Aku sambung cerita. 

Hmph. Di , mana-mana dia nak pegi , hidup dia atas motor je. Aku tanya jugak 'bakpo Di toksei bwok keto?' , dia kata 'toksei , nanti jalan jem, lewat nak ambil awak sekolah' - Subhanallah. begitu sekali pengorbanan dia untuk aku. Abang aku ada jugak offer nk beli kereta, Di pun sebenarnya dah ada lesen kereta, time aku form 1 taksilap, dia pegi belaja bwk kereta senyap2 . haha . 

Lepas ma meninggal masa 2005 - time tu umur aku 9 tahun, dia berhenti berniaga, and sekarang dh jd D.O area KB ni.. apa yang membuatkan aku terdetik nak buat entri ni, sebab , time aku lepas habis tahiyat akhir solat Isya' tadi, aku dengar bunyi motor - dia rupanya balik rumah dari kedai g beli nasi untuk aku dalam HUJAN LEBAT . itu yg membuatkan aku rasa terharu sangat2. 

aku ni pun bukanlah ank yang baik. eh tapi aku solehah la sikit. sebab aku yg paliing lama duk ngan Di, bukan yg paling lama, i mean, yang banyak meluangkan masa dengan dia. sebab adik beradik aku semua bukan duk Kelantan *yg 5 org lagi tu. Cuma aku yg faham dia.Aku dengan Di, memang perangai copy-paste. Apa yg aku buat, itulah yg dia buat. Apa tabiat aku, itulah tabiat dia. Antaranya - anti-sosial , pendiam , pemalu , tk suka senyum bila jumpa org dll. 

Di , dia memang taktau apa2 mengenai IT. dia tk pernah peduli apa2 benda pun yg jadi sekeliling dia. Yg dia tahu, dia adalah seorang Dedi. To be honest, nak taip / nak menulis dalam rumi pun dia tny aku, contoh pg tadi. And kalau dh terdesak sgt, aku yg tolong tulis untuk dia. Kalau dia tk faham, aku yg tlg huraikan. Di, dia memang tk pernah seumur hidup dia pinjam duit dgn orang lain. Dia buat je kerja apa yg dia rasa nak buat selagi rezeki tu halal. tp dh jadi D.O so perkara tu dh tk pelu dirisaukan lg. Aku pun dah cukup bersyukur, mjurlah aku ni jenis yg tak mudah mengeluh depan dia. selagi boleh , aku akn jaga hati dia. 

Tapi aku memang anak bongsu dia yg paling tk molek perangai. aku ni jenis mudah merajuk bila sth yang aku nak - aku tk dpt. aku ni jenis yg tksuka bila Di tolak kemahuan aku, bg aku, whatever thing I want, I want it now, tknak tunggu2 lagi. Kejamnya aku. Moga2 lepas aku buat entri ni , aku insaflah lagaknya. 

hmph  . 


-dialah yang jemur kain pagi2 . 
-dialah yang lipat kain bila ada masa terluang.
-dialah yang memasak untuk aku. and even masakan dia tk sedap, aku buat derk je. 
-dialah salah seorang bapa tunggal yg tkde keinginan lgsung nk kawin even isteri dh meninggal.
bagi dia, Ma adalah cinta pertama dan terakhir dia.
-dia buat kerja dia - dia tkkn layan dah orang lain nak kata apa. 
-dia tabah gila cari rezeki untuk ktorang adik beradik ni, sampai siang malam pagi petang kerja. aku pun dh lali duduk rumah sorang2.
-dialah yang menyapu rumah tiap-tiap pagi lepas hantar aku sekolah.
-dialah yang bangun pagi2 buat breakfast untuk aku bfore g sekolah.
-dialah yang bermandi hujan dengan aku kalau pagi2 hujan time nk g sekolah.
-dialah yang berkuyup tengah2 hujan ribut petir atas motor time nak balik kerja.
-dialah yang bersihkan tandas rumah .
-dialah yang basuh pinggan mangkuk periuk segala apa yang ada.
-dialah yang mengelap.
-dialah yang korbankan masa kerja dia semata-mata nak hantar aku pegi Kbm hang out dgn saing2.
-dialah yang urus tengah2 hujan everytime longkang rumah ktorang tersumbat.
-dialah yang pegi pasar tiap2 hari Jumaat nak beli sayur apa semua.
-dialah manusia yg paling tabah yang seumur hidup dia - aku tak pernah tengok dia titiskan air mata walau SETITIK pun !
-dialah yang sanggup menelan segala fitnah, caci maki , kata nista daripada keluarga ma aku . 
-dialah yang bangun pagi-pagi bukak langsir bukak tingkap tutup lampu dalam rumah.
-dialah yang buat semua kerja yang orang perempuan buat. 
-dialah , ayah aku yang terbaik . 

kadang2 time aku naik motor dengan dia , aku berharap dalam hati - Ya Allah, moga2 kami accident, lpastu mati serentak , so senang aku mati nanti sekali dgn Di . *punyalah gila doa. tp tu lah yg aku doakan tiap kali ktorang naik motor nk pegi sekolah ke apa. aku memang dh takde sapa2 yg nk tolong jaga aku selain Di. dialah yang jaga aku bagai menatang minyak yang penuh. tak pernah sekelumit pun dia berbangkit dengan apa yang dia buat selama ni.

and aku pun dah belajar berdikari . Aku belajar untuk menggantikan tempat Ma di sisi dia, supaya aku tahu dia ada teman , supaya semua masalah dia - dia cerita dkt aku. Tapi dia bukanlah seorang yg suka bercerita. Aku terima tu. Sebabtu lah masa aku dpt tawaran pegi Sains Pasir Puteh dulu, aku duduk situ tk sampai sebulan, aku terus mintak nk pindah ke ZS , sebab aku tahu, dia sunyi tanpa aku. Masa aku dekat SCIPP dulu, Di text aku , katanya - 'Saya rindu awak, tiap malam saya menangis sebab takdak orang nak teman saya. Tapi saya redha sbb ni utk kebaikan awk - duduk di asrama' . Tuhanlah tahu betapa aku sedih masa tu. 

 Dia pun tak suka bermanja. Last dia peluk aku, lepas aku turun stage waktu dpt 5A UPSR dulu, itulah rasanya anugerah yg paling dia tk dpt lupa, dialah ayah yg paling bangga waktu tu. katanya - 'saya bangga dengan awak. saya dapat prove dekat orang lain yg saya dh jaga awk dengan baik. even Ma dh takdak , tp ni lah hasil dia, saya berjaya jaga awk' . 



itulah ayat dia yg paling aku tk dpt lupa. semoga tahun ni , menjadi kali yg kedua dia peluk aku , untuk result pmr aku. Aku nk tengok dia bahagia dgn kejayaan aku, cuma itu yg membahagiakannya, cuma tu - melihat kejayaan anak-anaknya. ;) 

tiap kali sembahyang, aku doakan Allah panjangkan umur Di. kalau boleh, Allah tarik nyawa kami serentak. Biar kami sehidup semati. 

Sorry . entri aku yang paling panjang . entri aku yang paling aku berdebar nak tulis ni . Di , Di lah ayah yang terbaik dalam dunia , Di tkpayah la buat apa2 lagi , Di dah cukup sempurna di mata saya . Walaupun saya tkpernah peluk Di - jauh sekali nak cium Di , jauh sekali nak cakap I LOVE YOU , tp ketahuilah , saya sayang Di sampai akhir hayat saya. Di adalah satu-satu lelaki yang saya cinta . 



p/s : hargailah bapa anda . bersyukurlah kau masih ada mak. bersyukurlah kau masih ada ayah. jgn pernah kecewakan mereka. jgn pernah merungut pemberian mereka. jadilah anak yg soleh ;) 

assalamualaikum . 

3 comments: