can i hv for me too ?

-/lesen motor / kereta ((2013))

-/ Iphone 5 ((2013))





Tuesday, February 1

biar angin menghirup rindu ; speacially made by me for her

I.                    Angin..
Beralun deras menerbangkan daun-daun gugur di tanah..
Mengalirkan semua kisah-kisah ku yang tersimpul di benak.
Jurusnya memori itu tak akan pernah ku hakis..
Kenangan, bukanlah seperti daun-daun yang boleh saja diterbangkan sang tiupan.
Biarlah.. Biarlah ia kukuh di situ ..

Hah..
Perpisahan itu memang menyakitkan..
Perpisahan itu amat sukar ditelan..
Tidak sampai sepusingan matahari ini bertukar,
Tetapi mengapa engkau begitu cepat meninggalkan aku?
Segalanya telah aku taburkan..
Tetapi kau tetap dengan keputusanmu..
Tidakkah kau mahu berfikir sedikit sahaja ?

Kasih..

Pastilah aku sentiasa di hatimu..
Rinduilah aku setiap hembus nafasmu..
Beratus batu menjadi jurang..
Tapi doa kita masih sentiasa menjadi penghubung..

Pergilah .
Biar aku lebih menghargaimu..
Biar aku sedar betapa pentingnya hatimu..
Biarlah aku dengan air mata yang tiada apa-apa makna ini..
Biarlah aku menulis puisi untuk dendangan tidurmu..

II.                 Di meja batu itu,
Tiap kali matahari di hujung kaki,
Tiap kali hati lagi resah,
Tiap kali aku berjalan mengorak langkah untuk mencari kelibatnya,
Dan aku tahu,
Tiap kali itu juga,
Dia ada di bawah naungan payung oren itu..
Bersama sebatang pen di tangan.
Bersama timbunan buku,
Bersama sebotol teh penyejuk hati,
Kelihatanlah kepalanya yang tertunduk tekun,
Tudungnya yang jatuh ke bahu,
Di situlah ku nampak matanya yang bercahaya,
Bersama telunjuk jari yang membetulkan kaca mata merah itu,
Sambil merenung aku yang berjalan ,
Namun hati ini dirajai ego,
Menyebabkan aku hanya diam dan berlalu dari situ..

Ah… Aku ..
Aku yang pada waktu itu merasakan bahawa,
EMPH ! Tiada guna lagi menegurnya,
Kalau hatiku cuma disakiti olehnya
Kalau mataku cuma tahu menitiskan airnya..
Ada kalanya,
perbualan kami ,
Hanya mengundang kekesalan..
Mungkin diam itu lebih baik..
Walau diam ibarat racun kepada senyuman hati,
Tapi ….. Biarlah …
Biarlah dia dengan hidupnya..
Dan sekarang,
Sekarang aku merasa kehilangan,
Kehilangan yang amat sangat,
Kehilangan pada setiap degup jantung.

Kepergianmu seperti menghilangkan separuh hatiku,
Menghilangkan semangat,
Meluluhkan jiwa !
Ya Allah !
Tunjuklah hikmahMu !
Aku tak tahu seperti apa nasibku selepas dia pergi,
Sejuta bait kata juga tak akan mampu lagi menyembuhkan kerinduan,
Dan setiap sore aku masih menunggumu di sini,
Menunggu kedatangan mu ,
Namun yang aku dapat hanyalah bayangmu,
Segalanya tentangmu di meja batu itu mengingatkanku,
Segalanya jelas sekali di mataku !

Tuhan !
Sintingkah aku ?
Kerana dia…
Setiap pekerjaanku,
Kini semua berterabur,
Pabila setiap kali aku terbayangkan wajahmu,
Aku terbayangkan orakan langkahmu yang telah aku hafal semuanya !
Dan tiap kali itulah aku terpandang ke kiri ke kanan,
Masih juga mencari si baju kuning dan kain coklat itu ,
Tetapi rupanya orang lain..   

Adakah aku akan terus seperti ini ?
Dihantui  memori darimu setiap saat ?
Walau aku tahu . .
Engkau dah tiada  lagi di sini ….

III.               Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua
Segala resah di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku bayangkan
hidup tanpa dirimu
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu …. Saja ..

Hujan renyai-renyai bagai salji,
Angin pun menghembus kuat nafasnya,
Sederas air mata ini yang jatuh ,
Seluluh hati yang hancur,
Menghantar .. kepergianmu ..

Dan hari ini,
Kau akan pergi,
                   Meninggalkan aku terapung-apung di sini,
                   Menyemai baja rindu tiap detik
                   Ya Rabb !
Semoga sebelas bulan ini menjadi sebelas saat,
Tunggulah aku di sana,
Tunggulah ..
Aku akan memijak bekas langkahmu,
Aku akan melukis wajahmu di setiap kalamku,
Kerana kau,
Hanya engkau,
Yang menjadi,
Pengubat hidup ku . .

IV.              Dengkinya aku melihat mereka
Bahagia di sisi orang disayanginya
Haaahh ..
Mana lagi orang yang harus aku cari..
Yang setia mendengar luahan hati ini ..
Ke mana lagi hendak aku pergi
Untuk menenangkan hati ini,
Apa lagi tulisan yang harus aku tulis,
Puisi yang harus aku dendang,
Sedangkan hati ini terus menerus sedih, sakit, pilu, sengsara !
Ya Allah !
Aku perlukan ketenangan !
Perit sungguh perpisahan ini,
Hempedu juga tak mampu melawan kepahitan rindu yang amat ini Ya Rabb ..
Aduhai ..
Angin bukanlah selalu ada..
Hanya di musim ini..
Tiada lagi di musim depan.
Bagaimana lah harus aku tenangkan hati ini ?
Bagaimana lah hidup aku selepas ini ?
Biarlah dia pergi..
Aku masih ada sembilan bulan untuk berperang..
Seterusnya.
Aku berserah padaMu Ya Allah ,
Semoga Kau izinkan kami untuk bersama kembali,
Semoga Engkau menjaga dan melindungi,
Batas pergaulan kami Ya Allah ..

V.                 Tingkap dan langsir,
Turut berlaga ,
Terkena ludahan angin ,
ANGIN !
Ketenangan begitu jelas terpancar di wajahnya dengan kehadiranmu !
Melihat rimbunan daun di pokok
Liuk lentoknya yang menari tiap masa..
Dinginnya malam ini ..
Sepi memelukku lagi setelah sekian lama ia pergi …
Puisiku juga telah seiring dengan senandung malam ini..

AH  !
Terbuai sebentar aku melihat bintang .
Kasih..
Kau laksana bulan , dan ..
Akulah mungkin bintang itu..
Kasih ..
Marilah kita bersatu menyuluh seluruh alam ini ..

VI.              Sayang .
Biarlah jika kau tiada lagi di sini..
Tapi ingatlah ..
Simpanlah puisi ini..
Yang telah aku buat selama empat hari empat malam..
Ludahlah kertas ini jika kau geli membaca kata-kata ku,
Aku tidak kisah,
Jika engkau meletak namaku sebagai seorang gila,
Asal kau membaca isi hatiku yang telah aku simpan
Selama 7 purnama ini ..
Ingatlah ,
Aku akan tetap menggantimu di meja batu itu,
Aku akan menjadi dirimu yang kedua ,
Aku akan menjadi pengganti kejayaanmu .
Aku akan menjadi pelajar yang akan mendentumkan semua orang dengan keputusan yang baik sepertimu dahulu
Maafkanlah aku kerana hadir dalam hidupmu
Walau sehingga sekarang aku tak tahu apa rasamu kepada ku ,
Biarlah ..
Mungkin perlu juga hati aku disakiti oleh orang sepertimu ,
Kerana dendam yang selama ini aku ukir untuk orang lain,
Akhirnya terkena kepadaku..

Aku tak pernah percaya jika kau kata kau hanya seorang sahabat dengannya,
Aku tak pernah percaya,
Malah aku rasa aku diduakan ,
Biarpun cerita ini tiada apa-apa makna,
Tetapi hatiku tetap sakit,
Mujurlah kau pergi,
Sekurang-kurangnya hilang sedikit rasa cemburu ini..
Dan engkau turut mengetahui bahawa aku akan lakukan apa sahaja untukmu
Kerana kau adalah barang persendirian kepada ku ,
Maaf kan aku ,
Jika munculku sebagai bebanan kepadamu,
Jika munculku menyerabutkan kepalamu,
Jika munculku mengguris setiap inci hatimu .
Maafkanlah aku ..
Ketahuilah .
Aku akan terus menunggu 2012 ..
Walaupun tidak dirimu ..
Semoga engkau setia dengan janjimu .

Lihatlah lah purnama itu,
Dan senyumlah,
Ingatkan wajahku di sisi bulan .

Aku di sini akan terus mendoakan kejayaanmu,
Akan terus mengimbau kenangan dahulu..
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini..
Terima kasih kerana menjadi seorang ibu, kakak dan penasihat yang terhebat untukku!
Tunggulah aku .
Tunggulah aku .

VII.            Selamat tinggal  ..

                                                                                                                        
                                                                                                                         9.20 P.M - 28/1/2011
                                                                                                                  

2 comments: