blogku merangkap diari kedua hidup insan bernama Mili Nisar...
Aduh.. masalah.. dugaan datang saat aku baru merasa kebahagiaan..
Datang ketika aku baru merasa detik-detik manis dalam jiwa remaja..
Aku jahil Ya Allah... Aku malu menjadi orang sebegini.. Aku banyak kelemahan berbanding yang lain..
Tetapi..
Bukanlah suatu kehidupan jika tiada cobaan yang datang kan...
Dan inilah yang betul-betul dinamakan dugaan sepanjang aku bergelar remaja slps kehilangan bonda tercinta..
Ya Allah...
Hadir dia, merubah segenap sudut percaturan hidupku..
Hadir dia..
Mengenalkan aku erti sebenar kasih sayang yang selama ini aku cari..
Kasih sayang dia sebagai seorang rakan.. sebagai seorang kakak.. sebagai seorang pendidik..
Aku juga tidak dapat menafsirkan apakah erti semua perasaan ini...
Sesungguhnya .. aku masih normal
Aku masih seorang gadis sejati..
Aku bukan peminat kaum sejenis..
Aku tersedar.. dan aku sentiasa sedar dgn siapa aku mengharapkan perasaan ini...
Rindu itu datang, tika dia tiada...
tika dia melafazkan kata-kata akhir nya kpdku..
Rindu itu sakit... perit...pedih... derita yg aku tanggung..
jenuh aku memujuk diri..
Bahawa aku hanyalah sementara dalam hidupnya..
Aku tahu,,,
Aku bukanlh sesiapa d dlm kehidupannya.
Aku hanyalah penagih kasih sayang drpdnya.. Yang aku yakin tidak akan aku perolehi sehingga kapanpun..
Aku merindukannya...
Rindukan senyumannya
Rindukan leterannya...
Rindukan marahnya...
Rindukan renungannya..
Rindukan wangiannya *yg kini sdh tiada*
Rindukan kerajinannya..
Rindukan perwatakannya..
Rindukan segala-gala tentangnya..
DULU..
Aku bukanlah orang gila seperti ini ketika aku mengenali dia...
Tetapi...
Setelah menghembuskan semua nafas bicara rasa ini kepadanya,
Setelah menghembuskan semua nafas bicara rasa ini kepadanya,
Hati ini sering dihambat rindu,
Hati ini sering merintih...
Mata ini sudah layu Ya Allah..
Menangis mengenangkan layanan dan sikapya ...
Sesungguhnya bkn dia yg slh..
Aku yang khilaf..
Aku mengharapkan perasaan yang tak mungkin aku dpt daripadanya..
Ya Allah..
Ya Rahman...
Ya Rahiiimmm....
Ya Rabbi...
Aku tidak menyesal mengenalinya...
Aku tidak menyesal...
Kerana dia..
Yng mengajarkan aku segalanya...
Aku akan sahut cabarannya..
Yeah!! Mili Boleh!!
No comments:
Post a Comment