can i hv for me too ?

-/lesen motor / kereta ((2013))

-/ Iphone 5 ((2013))





Sunday, June 16

Kisah Dia - Seorang Bapa Tunggal

Yang sudah lama tidak ku curahkan perkataan, entri kali ini bukanlah untuk meraih simpati namun berkongsi cerita tentang seorang musafir. Ya.. dulu beliau seorang musafir. Lahir di negara jauh dari sini, dibesarkan dalam keluarga Islam. Dijodohkan Rabb dengan seoranv wanita cantik, solehah, beriman, dan sempurna. Wanita yg pada aku adalah insan paling paling paling tabah yg pernah aku kenal seumur hidupku..

Belum sempat mencecah usia 30 tahun perkahwinan, wanita mulia yg dipinjamkan Rabb diambil semula menemuiNya, meninggalkan si suami yg masih tak bersedia yg masih kaku masih terkejut masih tergamam dengan apa yg baru terjadi.

Mungkin Rabb lebih sayangkan wanita itu. Mungkib sahaja Rabb mahu menguji seisi keluarga wanita itu. Anak anak si bapa tunggal itu masih kecil, ada pun yg masih bersekolah rendah itu belum sempat merasai kasih sayang sepenuhnya seorang ibu.

Si bapa tunggal ini kemudiannya tiap tiap pagi selepas Subuh memecut motornya, meluangkan masanya di kubur isteri.

Sesampai sahaja di kubur.. "Assalamualaikum isteriku... semalam aku tak dapat lelapkan mata.. semalaman aku menangis tersedu-sedan.Bukan kiranya aku menolak takdir.. namun aku buntu wahai isteriku.. bagaimana aku hendak membesarkan enam orang anak kita tanpa engkau di sisi wahai isteri? Tulang kederat ini sudah rapuh... mengapa kau pergi terlalu awal wahai isteriku... " sambil mengelap mata dgn hujung baju, dia mencapai air yg diisi dalam botol terpakai dan menyiram ke kubur si isteri.

Dan begitulah setiap paginya berlalu..

Pabila ditanya "tak mahu kahwin lagi kah tuan? Paling kurang ada yg tolong jaga makan minum tuan"

Tanpa segan dia menjawab "cinta aku cinta satu, tak perlu yg lain sbg penggantinya, Allah ada membantuku"

Tabahnya si bapa tunggal ini.. Dialah ayah... biarpun kadang-kadang berhadapan dgn kemelut kewangan namun dia tetap berdiri tak pernah sekalipun meminta-minta, sehingga ke hari kematian ibunya juga dia tidak pulang ke negaranya demi menjaga anak anak..

Kalau sekali pandang...  dialah si garang itu.. namun, jauh di sudut hati, dia bercita-cita besar mahu membuktikan kpd seisi kampung bahawa seorang bapa tunggal sepertinya mampu mendidik anak-anak walaupun berseorangan sehingga anak-anaknya berjaya.

Dia serahkan segala yg ada, demi melihat kejayaan anaknya...

Baginya - "tak apalah kalau aku harus melakukan tugas lebih, asalkan anak-anakku berjaya, tak apalah, biar aku yg jemur kain, biar aku yg lipat kain, biar aku yg memasak, biar aku yg menyapu rumah.. tak apa kalau anak anak tidak sempat merasa kasih sayang isteriku, belaian bonda mereka, biar aku yg gantikan tempat isteriku, biar anak anakku bahagia dan bangga punyai bapa sepertiku... dan... biar isteriku tenang di syurga di sana serta bangga peroleh suami soleh sepertiku.. "

Kalau mahu disingkap perangainya yg serba serbi sederhana, terlalu banyak, hingga terlebih kata-kata.

Dialah ayahandaku. Heroku yg paling hebat. Pejuang kami sekeluarga. Selamat hari ayah ♥

http://www.youtube.com/watch?v=ZatFSCb4X9U&feature=youtube_gdata_player

Tuesday, March 19

The Wrong Perfume

Ahhh lamanya tak update blog !!!! Hiks biasalah pelajar spm ... Anyway kalau update tak ada nak cakap apa pun , ye lah, masalah kita, kita kena letakkan privasi sikit la, takkan setiap kali ada masalah nak update blog terus, nak bagi satu dunia tahu. Hakikatnya tulah yg jadi dekat twitter & facebook sekarang, setiap saat akan ada orang meluahkan perasaan, seakan-akan nak suruh semua orang simpati dekat dia pulaks aduhh Allah kan ada.. Tapi kalau kadang kadang tu okay lah jugak nak tweet tweet masalah tu tapi jangan la melibatkan maruah orang lain... Eh panjang pulak pendahuluan.

By the way ... masuk kepada cerita sebenarnya... Hmm sebenarnya dua hari lepas aku ada beli satu perfume untuk ayah aku, eceh bukan aku beli pun, aku yg suruh dia beli, hikhik. Sebenarnya kalau cerita pasal perfume perfume ni, hmmm aku jenis yang mudah ingat orang melalui bau wangian dia lah.. Nak dijadikan cerita, aku terambil perfume yg bau sama dengan perfume sorang ni ((nama dirahsiakan)) ((jawatan : crush bawah sedar kut)) hahaha

Jadi sebab masa tu aku kalut sangat so aku bantai je ah perfume mana yg ada depan mata. Jadi hari ni ayah aku dah mula pakai perfume tu, dan bau dia memang sama sama sama sebijik macam perfume si budak tu. Subhanallah, nih meh ceq habaq kat hang, sekali terbau haruman tu, zaaaaaaap ! beribu ribu ribu ribu kenangan datang, Ya Allah, itulah masa nak menangis, masa nak rindu, masa nak sakit hati, masa nak sakit jiwa. Sebab aku ni memang lemah sikit dengan haruman haruman ni, jadi setiap kali aku tarik nafas mesti aku bau perfume tu sekaligus mesti teringat dekat budak tu.

Tapi apa apa pun benda ni sebenarnya kalau kita tak paksa otak kita untuk nak ingat cerita lama tu, so automatik sebenarnya kita akan jadi biasa je lepas ni. Jadi itulah yang aku tengah try sekarang, try buat tak tahuuuu hahaha lantak pi lah kau nak bau apa pun , aku pun dah anggap budak tu dah mati dah hihi cara paling cepat nak lupakan crush-bawah-sedar.

Anyway kenapa aku cakap crush-bawah-sedar? Hahaha dia cuma hidup dalam mimpi aku, dalam realitinya, hmmm kan aku dah cakap - aku anggap dia dah mati hahaha tah pape je aku pun.

Nasihat aku, tak payah lah nak bercintan cintun sangat kalau umur tu dah 17, takut nanti spm tahkemana, boyfriend tahkemana ((Nauzubillah)) . Papepun doakan aku berjaya hiks chiao !