Aku analogikan kehidupan ini seperti sepotong kaki yang sedang berjalan-jalan mengelilingi kebun bunga. Hmh indah kan ? Tapi inilah kehidupan, makin tua makin terasa beban yang harus ditanggung. Sekali-sekala tersepak mawar berduri, di kaki sudah menampakkan luka - luka sedikit, makin lama makin terserlah luka itu, walau cuba disembunyikan parut namun tetap kelihatan. Waima begitu, kaki itu terus berjalan mengelilingi kebun bunga . Sambil sesekali menyanyi riang, tapi ada waktunya terpaksa berhenti di antara dua jalan, yang kaki itu pun tak tahu ke mana dia harus tuju. Ah. Lucu. Kalau sahaja aku pilih aliran Sastera waktu awal tahun dahulu, pasti sudah boleh jadi seperti A. Samad Said.
Terima kasih buat Tuhanku Yang Esa , yang telah merubah seluruh hidupku bermula di pagi 31 Oktober lalu. Insiden yang takkan aku lupa. Dan hari ini pun ! Kenangan terpahit yang bakal jadi terindah suatu hari nanti. Aku dihujani dengan dugaan yang melampaui usiaku. Membuatkan aku lebih matang dari biasa, membuatkan aku mula berfikir Allah itu sememangnya Maha Adil.
Kejadiannya bermula bila aku mencapai tahap tekanan dan stres yg melampau malam itu dan aku tak buat persediaan langsung untuk exam Chemistry dan dipendekkan cerita, aku bawa masuk nota masa exam . Berani tak aku? Tak. Itu BODOH. Itu nama dia bodoh. Allah Maha Adil. Sedang aku bahagia menyalin nota dalam soalan peperiksaan, cikgu kimia aku datang dan Allah buka mata hati dia, baaaaappp the rest is history.
Yang aku tahu masa depan aku tamat di situ.
Yang aku tahu aku bakal mati bila-bila masa sahaja.
Yang aku nampak cuma wajah ayah yang tiap-tiap pagi bangun buat sarapan untuk aku, hantarkan aku ke sekolah, harapkan aku jadi insan berjaya, rupanya anak dia ni tak pandai bersyukur, rupanya anak dia ni cetek akal, memilih jalan singkat nak dapat A Chemistry dengan bawa masuk nota dalam peperiksaan. BODOH.
Yang aku fikir cuma aibku . Di mana maruah ini harus aku letak? Di mana nama ini harus aku sembunyikan? Muka ini? Ya Allah. Semua orang takkan percaya aku sekeji itu , aku tak dapat tahan sebak , hingga air mata tak terkeluar. Aku terkaku.
Apa akan jadi dengan GPS aku ?
Ya Allah...
Ya Allah...
Waktu itu baru aku mengesot sujudku untuk Allah . Aku belajar dari kehinaan aku. Aku dewasa dari pengalaman aku. Aku berubah dari kebodohan aku. Aku sedar bila tekanan yang melampau , menipu bukan penyelesaiannya.
Penipu itu pencuri yang bodoh !
Sejak hari tu air mata aku tak berhenti mengalir tiap kali menatap wajah ayah, betapa tingginya harapan yg dia curah untuk aku, namun aku hampakan dia dengan pengkhianatanku, Ya Allah, berhari-hari aku berdoa supaya guruku itu dilembutkan hati olehNya biar dia memberikan markah untuk kertas Kimia aku yang lain, berhari aku melawan perasaan untuk sabar dan cuba menerima dugaan dengan hati yang tenang, tapi aku gagal, aku gagal kawal emosi aku, sehingga semua benda yg aku buat tak kena. Sumpah seranah aku maki hamun buat diri sendiri, ternyata emosi yang merajai aku.
Tapi sebenarnya ini bukanlah dugaan, ini suatu pembalasan. Ya. Aku tak nafikan selain aku masih ramai lagi yg serupa dengan aku, tapi kenapa Allah tak tunjuk kebenarannya ? Sebab Allah nak uji aku. Allah nak sedarkan aku. Allah nak suruh aku bangun dari kerja bodoh aku itu. Allah rindu nak dengar aku sebut nama Dia, Allah rindu nak dengar aku menangis sewaktu berbicara denganNya , Alhamdulillah Ya Allah, tak henti juga aku doakan supaya hati ini ditebalkan ketabahan setebal tabahnya Rasulullah, kerana aku akui , aku tak mampu nak hadapi benda ni, biarpun cuma 1 subjek tapi ini bukan aku yang sebenar.
Ini adalah pertama dan terakhir.
Hari ini, saat semua rakan berbahagia meraikan markah Chemistry, aku seorang terpulau bersama kertas aku, hmh.. Kosong. Markah pertama dan terakhir aku. 3 hari aku belajar untuk menerima takdir Allah, dan bila aku tahu markah sebenar aku kosong, tangisan ini tak dapat dikawal lagi, biarlah semua orang tahu aku kecewa dengan diri aku sendiri, aku menyesal, aku rasa mahu ghaib dari dunia yg gelap aku mahu pergi ke suatu tempat yang aku boleh tenangkan fikiran aku sendiri.
Ya Allah. Sedihnya tak dapat ditahan. Namun itu salah aku sendiri. Padan muka aku. Padan muka aku.
Namun biarlah, aku jadikan pengajaran, aku urut dada supaya bersabar, Allah telah merancangnya dengan cantik dan elok, siapalah aku untuk melawan takdir Dia, sungguh Dia telah ambil suatu yang berharga dari aku, maka pasti suatu yg berharga akan Dia gantikan pula , tak lambat tak cepat ..
Terima kasih Ya Allah. Aku tahu aku kuat. Perasaan ini aku tak luahkan kepada sesiapa , kerana aku sedar aku dah tak ada tempat pergantungan lagi. Aku pendam dan pendam , menangis teresak-esak hati namun senyuman ku ukirkan, gelak tawa aku pancarkan di hadapan teman, aku redha. Allah pernah ambil nyawa ibuku sewaktu usiaku 9 tahun dan aku boleh hadapinya, pasti peristiwa hari ini pun aku boleh tempuh dengan tabah . Hati ini dah kebal. Hati ini dah puas.
Namun cukuplah sekali aku menjadi bodoh, takkan ada lagi buat kali kedua. Aku berjanji pada diri aku untuk lipat gandakan usaha, aku berjanji aku akan balas kembali kejayaan ini buat ayahanda. InsyAllah .. :)