can i hv for me too ?

-/lesen motor / kereta ((2013))

-/ Iphone 5 ((2013))





Tuesday, October 16

Pagi 17 Oktober

Aku tidur awal semalam , macam hari-hari biasa, dan aku bermimpi tentang dia, sungguh, mimpi mampu membawa segala-galanya yg telah terkubur hidup segar bugar kembali .

Aku terjaga . Terus aku ambil wudhu' dan solat tahajud. Usainya, aku berzikir, dan berdoa semoga rindu ini Allah sampaikan kepadanya kerana aku terlalu malu untuk meluahkan di depan seorang ajnabi ini. Aku tak minta apa-apa, aku cuma minta dia turut merasakan apa yang aku rasa. Atau mimpi itu .. Ah..

Dua jam setelah itu aku tertidur dan aku bermimpi bertemu dia. Ya Allah. Menakjubkan. Semua ini telah membuatkan aku menjadi kelu kembali. Aku fikir setelah menutup pintu hatiku, maka akan tertutup lah cinta buat selamanya, rupanya tidak ... 

Monday, October 1

Istikharah Buat Cinta

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku sedar aku ini insan lemah
Aku sedar hidupku dilumuri dosa
Aku sedar aku telah banyak menyakiti hati-hati yang ada di sekelilingku
Ya Allah Ya Tuhanku
Aku merayu 
Aku merayu, Ya Allah
Berilah aku kekuatan untuk menempuh onar perasaan yang pelbagai ini Ya Allah
Bimbinglah aku Ya Allah 
Bawalah aku jauh dari maksiat 
Jauh dari zina hati, jauh dari zina mata dan segala-galanya yang membawa kepada kealpaan.
Ya Allah. 
Tutuplah pintu hatiku kepada semua insan yang bernama lelaki kalau itu adalah keadilan buat semua . 
Aku mohon kepadaMu Ya Rabb.
Tutuplah pintu hati perasaanku kepada semua insan bernama lelaki. 
Sesungguhnya biarlah perjalanan aku sebagai seorang kekasih berhenti di sini. 
Ya Allah, Engkau Maha Merancang,
Engkau rancanglah segalanya untukku.
Ya Rabb.
Jika dia benar dijadikan untuk menjadi sahabatku yang akan membuat aku bahagia sehingga selama-lamanya ,
Maka Engkau dekatkanlah hatiku dengan hatinya Ya Allah .
Tetapi jika sebaliknya, 
Maka Engkau tetapkanlah dengan kebijaksanaanMu Ya Tuhanku. 
Sesungguhnya Engkau Maha Bijaksana.
Engkau aturkanlah hati-hati insan yang mendampingiku supaya mereka tidak terguris denganku.
Sesungguhnya aku tidak sempurna seperti kekasihMu.
Sesungguhnya aku insan yang punya perasaan ,
Sesungguhnya aku hanya akan pergi kepada insan yang boleh membahagiakanku tanpa aku minta sahaja.
Ya Allah. 
Kau lembutkanlah hati insan yg sangat mencintaiku itu untuk dia tutupkan hatinya untukku. 
Kerana aku tak mampu membahagiakannya Ya Allah. 
Ya Rabb.
Aku akan titipkan salam rindu buat mereka tiap saat melaluiMu,
dan Engkau sampaikanlah kepada mereka, 
sesungguhnya Engkau Maha Adil Ya Allah..