can i hv for me too ?

-/lesen motor / kereta ((2013))

-/ Iphone 5 ((2013))





Friday, November 25

That Happy

Aku pun taklama di sini hahha , nokg tengok yuna INI TIDAK ADIL TIDAK ADIL TIDAK ADIL terima kasih. hehe . Now . Antara benda-benda yang sangat - sangat lah membahagiakan aku , yang memang senyum tak lekang di bibir laahh kata ayat novel tuu . haha . Ni laa if you ever see me with black-bloody-no teeth-face , agak2 laa boleh laa you effort apa2 supaya I boleh senyum balik :D haha.

- Bila time ANGIN MONSUN TIMUR LAUT *now
-Bangun pagi - bukak tingkap - tgk pokok begoyang-goyang *pg td
-Bulan purnama *aahh
-Dapat duduk di pantai yang sungguh indah permai
-Bila ada SLR tergantung :D
-Bila boleh date dengan crush *takpenahhh
-Bila crush reply mesej *sebulan yg lepas ?
-Bila dapat makan kfc / pizza / mc'd / kenny rogers / big apple dan segala fofular-food *semalam
-Bila dengar lagu yang memberi semangat *sentiasa
-Bila boleh shopping d KL dan sebagainya tanpa LIMIT *naknakk
-Duduk dekat hotel yg ada swimming pool *yeayy
-Bila dapat tengok movie Shah Rukh Khan / others yg romantik2 tu
-Bila dapat result TERBAIKKK
-Bila dapat duit BANYAKK
-Bila duduk dengan kakak2 yang sweet2 *pg td
-Bila family becakap pasal masa depan aku *hehehee 
-Bila dapat makan maggi / minum air berkarbonat / duduk besila depan movie *yeahh syurga
-Bila naik fixie pegi round2 kb
-Bila boleh shopping ALONE 
-Bila boleh beli apa2 yang nak selama ni
-Bila rumah bersih comei selesaaa 
-Bila Di senyumm
-Bila dengar family ketawa riuh-rendah
-Bila ada orang buat saya macam saya ni lahh orang yang paling penting dalam hidup dia hahaha 
-Bila pegi tuisyen *happy weyy
-Bila ngenak kokghe *buat April Fool segala haha
-Bila ada pertandingan bahas haha
-Bila dapat jumpa Teacher *shussshh
- Bila dapat duduk sekali sepupu2 *raya lepas
-Bila dapat g tempat2 lawooo haha
-Bila dapat own benda2 mewah *-.- lu diam
-Bila dapat bidas orang lain
-Bilaa bilaa bilaa

dah tak ingat bye 

Tuesday, November 22

Masihkah Aku Diterima ?

Di atas sejadah putih ini
aku termenung bagai orang hilang akal
sujudku sudahku sempurnakan 
syukurku sangat tak terhingga
dahi ini masih basah
Ya Allah
Masihkah aku diterima di sisiMu ?
Sehingga saat ini,
Butiran pepasir di pantai pun kalah dengan dosaku
Begitu bergunungan sekali kehitaman yang aku pikul
Masih juga yang Engkau haramkan itu aku halalkan 
Aurat yang Kau pinta ditutup,
Namun aku siakan dengan membuka hijab di kepalaku 
Lidah yang Kau arah untuk berlembut dan bersopan , 
Namun lidah ini lah yang setiap saat mencaci , menghina, mengumpat, mengeluh, mengadu domba .
Jasad yang Kau perintahkan untuk menunaikan ibadahMu ini
Seringkali meninggalkan solatMu
Apatah lagi melewatkan solatMu
Apatah lagi sedikit demi sedikit sahaja ayat Al-Quran yang ku baca hari demi hari
Ya Allah !
Jahilnya aku !
Bodohnya aku !
Lebih mengejar duniawi dan melengahkan ukhrawi
Lebih mengejar kasih sayang lelaki-lelaki yang belum ku jamin jodohnya
Lebih membuang masa dengan kebendaan di dunia ini
Hingga tanpa aku sedar ,
Satu persatu anugerahku telah Kau tarik , 
Kesihatanku - Kebahagiaanku - Kesempurnaanku - Kecelikan akalku,
Aku sedar aku makin kehilangan semua anugerah itu,
Kerana sikap yang tamak ini Ya Kariimm .. 
Subhanallah. 
Aku umpama semut mayat di mata MalaikatMu
Kecil - jahil - busuk - menjengkelkan !
Dan aku umpama berada di dalam satu titis air hujan di depanMu
Sungguh kerdil . 
Sungguh kerdil . 
Namun masih juga Engkau tempat aku memohon keinginan,
Tanpa jemu aku berdoa , 
Meminta . Meminta dan meminta .
Tanpa aku berfikir ,
Masihkah aku diterima disisiMu Ya Allah ?
Masihkah aku diterima disisi Tuhanmu , Ya Rasul ?
Dosaku menggunung . 
Masihkah Allah menerimaku ?
Masihkah Allah mahu mengabulkan doaku ? 
Masihkah Allah mahu memberi kejayaan kepadaku ?
Ya Allah . 
Sucikanlah hati ini. 
Sucikanlah hati ini .
Ratapanku untukMu.
Diukir di atas tikar sejadah , dengan seikhlas hati yang penuh kehitaman . 
8.44 pm 22/11/2011
MILI . 
*tolong jangan copy sebarang perkataan dari puisi ini . 

Monday, November 21

Cerita Pasai Fixie

''Hmph.. bilo hujey nok begheti ni ? dohla koho lebat'' . Maka berdirilah aku di sliding door tu . Dengan track suit, dengan mp3 tersumbat , dengan lagu Daniel Powter terpasang di telinga , diselangi dengan air hujan yg turun menyentuh atap rumah , BINGIT ! ''Gelapnyoo umoh, supo umoh pontianak dohh. Haih nok tingga umoh ni pun satu haal'' . Sambil tunggu hujan sloww , aku bukak lampu, tarik langsir, ''haih, bila Di nak balik nii ? Kei nati kei dio rusing pulok pasa aku. Dohla hp tkdok kredit.Ahh . lantaklaa. hujey pun hujey laa, bilo lagi nok wak toksega dopp, ccaghooo'' . Dengan tekad yg memang tertekad ,aku bukak lah laci kabinet tu cari kunci fixie. dahh dapat. jom ggateh !

Heho. Begitulah bermulanya cabaran hari ini - 21.11.11 untuk aku , ya lah saya. Haha. Bangun pukul 3.30 petang, dengan mata terpisat-pisat tengok jam. REKOD . Hujan dari semalam sampai sekarang tak henti-henti, REKOD. Ya. I'm talking about today. Masalahnya sekarang, aku tak nampak lagi Di hari ni. Yang aku tahu, dia bangun pukul 8 hari ni lepastu dia masak Nasi Minyak . Wah HEBAT DEDI SAYA . kau ada ?

Aku sambung cerita. 

Mengayuh lah aku dengan fixie aku tu meredah hujan yang renyai-renyai . Nasib baik la baju ada hook. Aku pun tak teringin nak free hair depan orang ramai , aku ada agama lagi kut. Cuma untuk pakai tudung naik fixie tu jadi masalah la, sebab aku sorang2 je weyy , kalau ada orang teman tkpe aa. Lpstu mesti orang akan kata - ''eh tino ni tokmalu koo ggateh fixie dle hujey'' , youu know laa orang kelantan . 

Tujuan aku sebenarnya ggateh hari ni sebab nak pegi round Airport Sultan Yahya Petra  kubaaa tu la. Dah nak pegi dgn Di, dia sibuk , nak ajak sapo lg dopp ? G soghe jhlaa. Nok naik flight - tkdok oghe nok belanjo. You know, rumah aku atas sikit dari Maahad (L) , dari situ aku ggateh dalam hujan semata-mata nak pegi jenguk airport . Subhanallah. Aku nak cakap banyak banyak sangat aku tempuh dari pegi rumah sampai ke airport sampai la pusing balik rumah balik MEMANG uwaaaaa sesok nyo.

Kena hambat dengan dua orang malaun naik motor sampai aku nak jatuh tegolek atas tar , kena usha dengan budak2 lelaki dekat kedai makan, kena horn dengan kereta dekat jalan , kau tahu tak benda tu dalam hujan and aku budak umur 15 tahun ni berseorangan mengayuh dengan mp3 yang tecabut , sampai basah kuyup seluar aku . Ya Allah. Tapi part yang paling best bila time nak balik tu, AirAsia lalu sejengkal je atas kepala aku ! haha saat tu Tuhan lah tahu betapa bahagia happy excited apa takde , smua perasaan ada sampai mujur laa aku tk accident sebab asyik duk tengok atas kepala HAHA . 

Sampai dekat depan Hypermarket tu laa malaun dua ekor tu duk mengekor aku dari belakang memang fuh apa lagi aku pecut lepastu aku masuk dalam puluhan buah kereta yang tengah jam , Ya Allah aku pun tktahu dari mana kekuatan aku dapat *adrenalin , sampai aku dapat pecut macam minah rempit dah atas tar tu haha. 

And memanglah kalau nak cerita pengalaman tu , sampai esok tak habis . Sampai rumah dalam pukul 7 . Emm , sejam lebih jugak aku mengayuh TANPA HENTI . memang berbaloi laa bangun tido pko 3.30 , asal lemak dah dapat terbakar hehe . Sampai je rumah terus aku dah pening terhuyung-huyung , muka dah pucat lesi , baju seluar dah lencun - penuh dengan selut pasir semua. Masuk tu terus pegi tukar baju dalam bilik Di sebab bilik dia paling dekat , lepastu basuh muka basuh kepala , ambik air sembahyang, sepupu yang kebetulan duk tengok bola *ulangan tu tegur - ''haii sampai mana ggateh hari ni? sampai PCB ?'' . aku dengan muka macam ayam berak kapur ''heh haha airport jahh'' . Ternganga pakcik tu hahaha . 

Begitulah hidup aku hari ni. And now tengah tengok Harimau Malaya VS Garuda :D Kau bolehh Malaysia. haha. so gtu lahh. 

p/s : ada ke budak perempuan luar sana tu yg berani kayuh basikal / fixie sampai sejam tanpa henti dalam hujan sorang2 lagi lepastu kayuh tengah2 jalan sampai tayar fixie tergolek-golek nak bocor sampai nak pusing balik rumah tu terggelincir kaki dari fixie bangang tu mujur lah jasad aku tak terkaku atas jalan tar yang penuh malaun tu sampai tapak tangan kiri pun dah berbirat-birat merah . ADA KE YANG BOLEH BEAT AKU ? haha 

assalamualaikum . sorry panjang . aku excited . haha

Sunday, November 20

Kasih AYAHANDAKU .

1955 . Di sebuah bandar kecil di Pakistan , lahirnya seorang putera tanggal 07 Julai . Yang diberi nama Nisar Ahmad Salimi berbapakan Mohd Noor. Lahir dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan. Dia membesar dengan hanya berlandaskan satu prinsip - bersyukurlah dengan apa yg ada. Dia tak pernah meminta yg lebih daripada mak ayahnya . Menjelang umur 17 tahun , dia merantau ke serata dunia . Itulah pengalamannya yg dia katakan 'saya takkan lupa sampai mati' . Merantau ke negara orang dan hidup berdikari demi mencari sebuah erti kehidupan .

Sehinggalah sampainya dia di sebuah negara bernama Malaysia . Dipendekkan cerita, dia bertemu dengan seorang gadis sewaktu sedang mencari kerja di sebuah negeri dalam Malaysia - Kelantan . Pertemuan yang membawa kepada pernikahan.



Untunglah , sebab bapa mertuanya tu pun orang India . Sejak dari perkahwinan itu, dia merantau lagi ke serata Malaysia utk berniaga. Meninggalkan si isteri yang berkerja sambilan sebagai tukang jahit. Rumit baginya kerana dia adalah seorang yg berwarganegara Pakistan, nak bercakap Melayu pun berbelit-belit , nak menulis dalam bahasa rumi pun sampai sekarang terbalik-balik ayat.

Mendapat 6 orang cahaya mata . tiga lelaki - tiga perempuan . Enam orang anak ini lah yg menjadi tarikan orang kampung, kerana keenam-enamnya berhidung mancung ;). Kehilangan isterinya yang dicintai sewaktu dia berusia 49 tahun. Susulan itu , ibu dan ayahnya di Pakistan pula meninggal.  Sejak dari tarikh itu, dia tak lagi pulang ke Pakistan, katanya 'dah tak ada sesiapa yg tinggal di sana' .

Bermulalah hidupnya yang baru tanggal 1 April 2005 sebagai seorang bapa tunggal dan seorang yang sebatang kara - tak punya sesiapa lagi di tempat tinggalnya, iaitu di Kota Bharu . Sewaktu itu , anak-anaknya sudah pun faham erti sebenar kehidupan. Dia lah yang menjadi ayah, dia lah yang menjadi ibu.

Dialah Dedi saya - anak bongsunya yang satu-satunya lebih banyak meluangkan masa dengannya. Saya lah yang banyak meyusahkan hidupnya. Tapi sayalah anak kesayangannya. ;)

Itulah serba sedikit mengenai kisah hidup Di . bukannya hari ni saya nak bercerita pasal itu. Tapi hari ni saya terfikirkan satu benda , iaitu erti PENGHARGAAN . Seperti yang aku kata, nilah entri pertama yang perut aku sangat2 memulas gila2 time nak mengarang . anyway ini bukan karangan , ini REALITI. aku cuma nak korang sedar, nak korang hargai parents korang , nak korang bersyukur dengan apa yg Allah bagi. Aku sambung cerita. 

Hmph. Di , mana-mana dia nak pegi , hidup dia atas motor je. Aku tanya jugak 'bakpo Di toksei bwok keto?' , dia kata 'toksei , nanti jalan jem, lewat nak ambil awak sekolah' - Subhanallah. begitu sekali pengorbanan dia untuk aku. Abang aku ada jugak offer nk beli kereta, Di pun sebenarnya dah ada lesen kereta, time aku form 1 taksilap, dia pegi belaja bwk kereta senyap2 . haha . 

Lepas ma meninggal masa 2005 - time tu umur aku 9 tahun, dia berhenti berniaga, and sekarang dh jd D.O area KB ni.. apa yang membuatkan aku terdetik nak buat entri ni, sebab , time aku lepas habis tahiyat akhir solat Isya' tadi, aku dengar bunyi motor - dia rupanya balik rumah dari kedai g beli nasi untuk aku dalam HUJAN LEBAT . itu yg membuatkan aku rasa terharu sangat2. 

aku ni pun bukanlah ank yang baik. eh tapi aku solehah la sikit. sebab aku yg paliing lama duk ngan Di, bukan yg paling lama, i mean, yang banyak meluangkan masa dengan dia. sebab adik beradik aku semua bukan duk Kelantan *yg 5 org lagi tu. Cuma aku yg faham dia.Aku dengan Di, memang perangai copy-paste. Apa yg aku buat, itulah yg dia buat. Apa tabiat aku, itulah tabiat dia. Antaranya - anti-sosial , pendiam , pemalu , tk suka senyum bila jumpa org dll. 

Di , dia memang taktau apa2 mengenai IT. dia tk pernah peduli apa2 benda pun yg jadi sekeliling dia. Yg dia tahu, dia adalah seorang Dedi. To be honest, nak taip / nak menulis dalam rumi pun dia tny aku, contoh pg tadi. And kalau dh terdesak sgt, aku yg tolong tulis untuk dia. Kalau dia tk faham, aku yg tlg huraikan. Di, dia memang tk pernah seumur hidup dia pinjam duit dgn orang lain. Dia buat je kerja apa yg dia rasa nak buat selagi rezeki tu halal. tp dh jadi D.O so perkara tu dh tk pelu dirisaukan lg. Aku pun dah cukup bersyukur, mjurlah aku ni jenis yg tak mudah mengeluh depan dia. selagi boleh , aku akn jaga hati dia. 

Tapi aku memang anak bongsu dia yg paling tk molek perangai. aku ni jenis mudah merajuk bila sth yang aku nak - aku tk dpt. aku ni jenis yg tksuka bila Di tolak kemahuan aku, bg aku, whatever thing I want, I want it now, tknak tunggu2 lagi. Kejamnya aku. Moga2 lepas aku buat entri ni , aku insaflah lagaknya. 

hmph  . 


-dialah yang jemur kain pagi2 . 
-dialah yang lipat kain bila ada masa terluang.
-dialah yang memasak untuk aku. and even masakan dia tk sedap, aku buat derk je. 
-dialah salah seorang bapa tunggal yg tkde keinginan lgsung nk kawin even isteri dh meninggal.
bagi dia, Ma adalah cinta pertama dan terakhir dia.
-dia buat kerja dia - dia tkkn layan dah orang lain nak kata apa. 
-dia tabah gila cari rezeki untuk ktorang adik beradik ni, sampai siang malam pagi petang kerja. aku pun dh lali duduk rumah sorang2.
-dialah yang menyapu rumah tiap-tiap pagi lepas hantar aku sekolah.
-dialah yang bangun pagi2 buat breakfast untuk aku bfore g sekolah.
-dialah yang bermandi hujan dengan aku kalau pagi2 hujan time nk g sekolah.
-dialah yang berkuyup tengah2 hujan ribut petir atas motor time nak balik kerja.
-dialah yang bersihkan tandas rumah .
-dialah yang basuh pinggan mangkuk periuk segala apa yang ada.
-dialah yang mengelap.
-dialah yang korbankan masa kerja dia semata-mata nak hantar aku pegi Kbm hang out dgn saing2.
-dialah yang urus tengah2 hujan everytime longkang rumah ktorang tersumbat.
-dialah yang pegi pasar tiap2 hari Jumaat nak beli sayur apa semua.
-dialah manusia yg paling tabah yang seumur hidup dia - aku tak pernah tengok dia titiskan air mata walau SETITIK pun !
-dialah yang sanggup menelan segala fitnah, caci maki , kata nista daripada keluarga ma aku . 
-dialah yang bangun pagi-pagi bukak langsir bukak tingkap tutup lampu dalam rumah.
-dialah yang buat semua kerja yang orang perempuan buat. 
-dialah , ayah aku yang terbaik . 

kadang2 time aku naik motor dengan dia , aku berharap dalam hati - Ya Allah, moga2 kami accident, lpastu mati serentak , so senang aku mati nanti sekali dgn Di . *punyalah gila doa. tp tu lah yg aku doakan tiap kali ktorang naik motor nk pegi sekolah ke apa. aku memang dh takde sapa2 yg nk tolong jaga aku selain Di. dialah yang jaga aku bagai menatang minyak yang penuh. tak pernah sekelumit pun dia berbangkit dengan apa yang dia buat selama ni.

and aku pun dah belajar berdikari . Aku belajar untuk menggantikan tempat Ma di sisi dia, supaya aku tahu dia ada teman , supaya semua masalah dia - dia cerita dkt aku. Tapi dia bukanlah seorang yg suka bercerita. Aku terima tu. Sebabtu lah masa aku dpt tawaran pegi Sains Pasir Puteh dulu, aku duduk situ tk sampai sebulan, aku terus mintak nk pindah ke ZS , sebab aku tahu, dia sunyi tanpa aku. Masa aku dekat SCIPP dulu, Di text aku , katanya - 'Saya rindu awak, tiap malam saya menangis sebab takdak orang nak teman saya. Tapi saya redha sbb ni utk kebaikan awk - duduk di asrama' . Tuhanlah tahu betapa aku sedih masa tu. 

 Dia pun tak suka bermanja. Last dia peluk aku, lepas aku turun stage waktu dpt 5A UPSR dulu, itulah rasanya anugerah yg paling dia tk dpt lupa, dialah ayah yg paling bangga waktu tu. katanya - 'saya bangga dengan awak. saya dapat prove dekat orang lain yg saya dh jaga awk dengan baik. even Ma dh takdak , tp ni lah hasil dia, saya berjaya jaga awk' . 



itulah ayat dia yg paling aku tk dpt lupa. semoga tahun ni , menjadi kali yg kedua dia peluk aku , untuk result pmr aku. Aku nk tengok dia bahagia dgn kejayaan aku, cuma itu yg membahagiakannya, cuma tu - melihat kejayaan anak-anaknya. ;) 

tiap kali sembahyang, aku doakan Allah panjangkan umur Di. kalau boleh, Allah tarik nyawa kami serentak. Biar kami sehidup semati. 

Sorry . entri aku yang paling panjang . entri aku yang paling aku berdebar nak tulis ni . Di , Di lah ayah yang terbaik dalam dunia , Di tkpayah la buat apa2 lagi , Di dah cukup sempurna di mata saya . Walaupun saya tkpernah peluk Di - jauh sekali nak cium Di , jauh sekali nak cakap I LOVE YOU , tp ketahuilah , saya sayang Di sampai akhir hayat saya. Di adalah satu-satu lelaki yang saya cinta . 



p/s : hargailah bapa anda . bersyukurlah kau masih ada mak. bersyukurlah kau masih ada ayah. jgn pernah kecewakan mereka. jgn pernah merungut pemberian mereka. jadilah anak yg soleh ;) 

assalamualaikum . 

Friday, November 18

Tuisyen Dan Mili Aha

ok. tusyen start pukul 8.30 , aku bertolak dari rumah pukul 8.10 / before 8.10 laa biasanya , and sampai dlm pukul 8.20 . bila dah sampai tu ada 10min lagi , mulalah bukak coklat - sumbat mp3 - text mana2 manusia suruuh bangun tidur - baca novel / buat revision . time tahun pmr tu aku byk habiskan masa buat revision every second ada free dlm kelas tuisyen . :D

benda-benda yang budak2 dalam tuisyen dah lali dengan aku . haha . dua tahun tuisyen semua dah jadi mcm family tapi TAK PERNAH BERTEGUR SAPA hahaha .

dua tahun tuisyen , ok la nak masuk tiga tahun ,

                 - aku belum pernah pakai baju selain BAJU KURUNG pegi tuisyen . and mmg baju kurung aku betimbun utk pegi tuisyen jah ! haha 

- tabiat aku kalau pegi tuisyen - mesti ada mp3 tersumbat dlm telinga. itu WAJIB . kalau takda mp3 ibarat kosonglah hidup aku dalam kelas tu. dahtu pulak , volume mp3 kena yg paling high sebab memang aku buat dua kerja dalam satu masa pun. menghafal - mengira sambil dengar lagu . tp bukan time MENGARANG. time mengarang memang aku perlukan suasana yg sunyi , dan mp3 dibuang seketika . haha . tp itula. ada sekali tu aku pegi lewat tuisyen semata-mata duk cari mp3. geheee. mmg kalau dh pasang mp3 , apa yg cikgu ajar pun tak masukk , tp faham laaa , zupzapzupzap tangkap sambil duk menyanyi sedighi haha.                  
                 
-tabiat aku lagi kalau pegi tuisyen - mesti kena ada coklat atau apa2 biskut atau apa2 makanan ringan yg boleh dikunyah time tengah belajar. eh ingat 3 jam duduk tanpa bergerak cuma dengar ilmu itu ini ingat tu best kah ? mmg la enjoy tapi mengantuk laaa. dhla pagi2 uishh , tambah pulak dlm air-cond , ambik kau , tido je la , eh tp tak , aku tk penah tidur except kalau masa peralihan cikgu tu laa ada la jugak tersandar di dinding kejap . gehee.

kesimpulannya best tauu pegi tusyen . dulu masa first2 ada la jgk kawan aku ni , masuk second year (form 3), dia berhenti dpd tuisyen tu , and stat bulan 11 thn lepas laa aku stat belajar berdikari dalam tuisyen tu. I mean , ya laaa semua benda buat sendiri - belajar sendiri , dunia aku 3 jam tu dengan mp3 dgn coklat je la . haha . kadang2 tu memang dah terlalu boring , sampai kertas tu pun aku aku buat puisi . tp time dekat tuisyen selalu je bawak keluar phone . mcm2 benda dahh bawak . haha . 

so that's the end on how my life going thru a tuition . ;)

Hooo Gewe

ceh apa punya tajuk entri alim sangat . haha. ok-ok. em merujuk kpd entri pg td, hahaha , ada orang tuu memujuk saya . hehe . ayahanda laa, apa lagi . sampai text segala bagai semata-mata taknak aku tersentuh terasa hati dengan dia pasal pg td, padahal duduk satu rumah , tp dia boleh lagi text pujuk apa smua haha. lucu laa. dahla aku tk reply. time aku duk mkn td , dia balik , ok la nk dpendekkan cerita, mmg la duduk satu rumah, tp kalau berkomunikasi tu boleh dibilang dgn jari laa. jarang sgt bcakap. so kbtulan td dia balik time aku tgh melahap maggi , haha , aku pun buat je la muka tak bersalah . ego tak ego seorang anak . haha .

hmph tk berkait lgsung dgn topik . hehe . so . mehla nak cerita. merujuk kpd lamaran , ceh ceh . tkde la. sy nok oyak ni . sayo segho sayo lagi ssuko saing laa. dpd gewe - gewe segala ni mce , Ya Allah . tkdok soghe pun ore tuo nok tgk adik ko anok ko gapo gewe time umo gni2 , yola even gewe tu cumo yola ore panggey KIJO REMAJA tp bg aku tkpayah la jd bodoh gtu. the reason aku oyk gtu sbb , ok la to be honest , takut la bilo gewe pahtu baloh putuh aii natangg apa lgeteww, except la klu si partner mu tu mme betul2 setio tahap maharaja tkpolaaa . ni kto pun kade2 saing llamo doh nga dio , tp kto toktahu kei peranga dio lgumano .

kesimpulannya baik saing la dulu .lgpun . bukei saing la dulu , baik saing sapa bilo2 . haha. nati tuo nati doh masuk U nati mmiikir laa nok cari gewe pun , tp mmg betul , sunyi tkdok gewe ? haha panda la kecek kecik2 gtu , nok sunyi bakpo nyo ? saing2 kei adoo , family kei adoo , sepupu sepapat sedagho magho , so tkdok alasey lg nok gewe. nok sayang - sayang , saing pun buleh kei ? unless la klu saing tu mme gilo nok gewe baik tkyoh laa.

lgpun hati aku masih tertutup rapat utk menerima sebarang emm lelaki emm yg emm yo lah, saing ok la , setakat saing jh. tp klu peranga tok matured tu baik tkyoh mmikir panjey laa , aku plg beci ore tok matured , especially kalu bkomunikasi tu , seharusnya komnikasi antara lelaki dgn perempuan ni kno matang , bukeinyo kecek style nok ppikat oghe tu mme g jauh laa.

so gtu la. assalamualaikum , haha . 

Thursday, November 17

Kuba Ghabikk laaa

al kisah nya haritu aku ada sebut ''shit'' depan kkk aku sbb tak puas hati dgn sth ni , kkk aku pun ckp ''cu uley smulaa , oloh molek teh bahaso diioo'' , aku pun ttuka laa ''kuba ghabik laaa printer ni'' , kkk aku pun ckp - ''hah lg baguh sebut kuba ghabik'' . harappp korang faham la yee.

hmph. semalam mungkin mimpi indah pg aku, sebab dpt notebook baru . notebook jeww. so history nya sekarang , laptop pun ada , notebook pun ada. cenggitu laah. apa yg membuatkan aku rasa nak menyebut kuba ghabik tu harini , ahh , ok imagine laa . harini actually hri aku masuk tuisyen. tuisyen stat 8.30 , aku mmg biasa dh pukul 8 tu bertolak dri umah , dah aku siap2 pakai bju kurung apa smua, acii nk pakai tudung , ayh aku pun tny ''awk nk g mna ?'' , "lahhh nok g tusyen laa , kmarin kei oyk doh. lamo dh kei oyk jak 2 mggu lpah lg'' . ''dah-dah tkyah , g minggu dpan , sy nk g ambik abg awk d hotel lpstu nk g airport bla3''. ''heh Di jge laa gini emh sbeta jahhhh hata g tusyen pun'' , ''dh-dah tkyah g minggu dpn, dh la sy tk rehat lg dri smlm'' . ''lahh lpahtu kait gpo nga pg ni ? emh ! fine . '' .

huh ayat2 derhaka gila. aku pun apa lg, ke bilik lh jwbnya dgn air mata berjurai-jurai, lahh try la bayang, nk dpt ilmu tu SUSAH BANGANGGGG ! mcm2 halangan . aii aku mmg tk tahan mmg errghh bleeding dlm hati. lpstu tgh2 aku dok begelegak tu boleh nya tny - ''jomla g breakfast d renai' '' . huh wassalam . dah hati aku tertutup rapat nak layan mana2 manusia harini , tkpayah la baik puasa je hrini. sakit hati eee.

huh ok ok harini poso :P kira boleh laa sbb kmarin kn dh puasa ;) dah aku nk g study . bubye.

Tuesday, November 15

Lima Belas November

Heyyo. Assalamualaikum. saya lahir di HUSM , Kota Bharu, Kelantan , MALAYSIA. saya sangat2 menjiwai bahasa ibunda saya , yang pernah menjadi lingua franca satu masa dulu, dan saya sungguh2 berbangga dapat menjadi rakyat Malaysia. kerana itu saya tidak pernah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang rakyat berbangsa Melayu, kerana saya sentiasa menggunakan Bahasa Malaysia setiap kali bercakap. seperti sekarang. ya saya . Dan bahasa barat itu cumalah sampingan sahaja dan cuma dikhususkan penggunaannya pada masa2 tertentu sahaja. sekian , izinkan saya menyambung peristiwa2 yang berlaku pada tarikh di atas .

1 - hari ni ada majlis penutup pasca pmr , eh saya emcee nya.
2 - hari ni last day sekoloh untuk form 3 dn form 4
3 - hari ni last day saya jumpa dia
4 - hari ni saya pegang tangan cikgu saya macam pegang tangan kawan *first time*
5 - hari ni saya tidur dari pukul 4 sampai pukul 9 malam
6 - malam ni saya sangat2 merindui dua orang insan di smk zainab 1

assalamualaikum :(

Friday, November 11

Three Days To Spm

kerhkerhkerh. out of idea la bro. anyway i'm waiting 3 orang lagi makcik pakcik agak la calon spm utk dtg melutut dkt aku hahaha , did cha know did cha know dosa kau brlmbak dgn aku. esp. yg sorang tu kuba la mu sungguh. hoho hoktu mme la mnyeksa jiwa aaiii bab* ok enough.

last week , i mean this week mmg hectic gilo kut. see seee - blog pun trlempar ke laut hahah. first habih jahh cuti rayo haji tu, emm umm errr selasa tu err 8 november ? yeah ! 8 nov ! yg mana umur akuu sampai 15 thn 7 bulan which MEANSSSSS FIVE MORE MONTHS TO 16 ! YEahhhh bebeyh yeahh haha . ok ok. 8 nov - lunch di renai', hari yang teramatlah bertuah which dpt hadiah itu ini ok itu dah di - update, then kemarin hari khamis - 10 nov. pulak ke pizza kbmall utk lunch majlis ktua tg. . eceh menyibuk je aku. hehe tp tak berapa HHOOTT la sbb budak2 ni ramai je absent. nak ambik gambaq punn haih tak sempat , ehh ada kamera kah saya ? enough it's irritating much ok dah .

haha . so so 3 hari lg nak spm and yeah babyy dua hari lg jadi budak form 3 which - HUGE WORD YEARRGGGHHH ! . so result upsr keluar kaann 16 , ke 17 ni ? haha aku menunggu aku menunggu. then tamatlah warisan upsr tahun ini, datang pula result pmr , whoahh taksabar taksabar nak jadi Miss Canon :D dan sekarang pn masih menunggu kedatangan notebook yg ergh ok forget it .

seriouslyyy banyok gilo nok update tp tok ingat . hahahah . takkan cerita sedih pun nak d - update - kaann ? let bygones be bygones la ye dopp? eheh . salam triple eleven . bubyeee :D 

Tuesday, November 8

Terima Kasih Ya Allah

apa kau senyum2 hah ? ni mesti nak kata aku lebih alim la ni aann? haha. boleh blah. first of all, eceh, mce nok bagi ucapan plok gtu, thanks utk abg ipar sbb tulong repair lappy . bukan repair sebenarnya, tahh la line wifi tokkeno kuk mano. ore lain guno molek jahh. kalu aku guno k.o selaluh. dan, ok kmarin, 8/11/2011 genaplah aku berumur 15 tahun 7 bulan. heheee. dan tanpa aku sedar sebenarnya itu adalah tarikh bertuah buat aku. apa taknya. haa meh nak ceghita. 

LAPAN NOVEMBER DUA RIBU SEBELAS . SATU LAGI KENANGAN TERUKIR DALAM LIPATAN SEJARAH HIDUPKU . *hehe*

bangun pagi pukul 5.55 , teruhh cari baju dan segala benda and mandi . lepas naik mandi tu nak smaye subuh, tuptup maso duk tengoh niat solat subuh tu, tedengar lah orang2 masjid duk btakbir hari raya. sebak wei sebak. Usai smaye tu, nampak langit cerohh jah llua, wowow, bukok lah tingkap, dan terlihatlah bulan dihirupi angin yg sungguh segar and ketar deh sejukk. haha. so g lah sekoloh. haahh. hari ni ada lunch di renai'. pko 11 g, pko 3 balik - itu mengikut perancangan. so maso g skoloh pg tu dh prepare la bju kurung tudung kasut apa sume tu then nanti salin dkt sekolah masa nk g renai'. sampai lah d skoloh, and yea yea mce2 la bendo kalu nok cito pun tokcukuk so blog ni haha. dari pko 7 smpai pko 10.30 mghabiskan masa d bilik knselor dok rehat2 gtu la. 

then pko 10.30, masing2 menguruskan diri masing2 haha tuka baju jangok2 mce mok dattin sorre2 (buke aku okai) , seriously kalau aku own slr, lamo doh aku amik gamba haha masalahnya i didn't bring any single camera ! layan je laa. then siap2 tu lepaih tu pegi la dekat bas. cgu pun kata ''ok bas zs penuh doh, naik bas sic deh'', aku pon WHATTHEE ? naik bas sic ? eh sapo ado dle tu ? eh eh eh, ruponyo benok sangat aku ni yaa hahha. rupanya cgu pinje bas sic laa. haduh. so ni 2nd time kut naik bas jiran. hahah. first maso djh 6 dulu x silap. hehe. lepaihtu bas pun bertolak ke renai, did cha know ? bas sic (yg ktorang naik) hambak bas zs hahaha buleh kato gtu la. kelahh dok ? wehe. org tengok pun pelik. oh itu satu kenangan ok !

Majlis Perpisahan Murid Tingkatan 3 , 5 dan 6 . 
then sampai la di renai'. lepaihtu kan kena daftar, then masa daftar tu aku pelik tu, ''apahal nama aku dipangkah??'' , hah ok panik , rupanya sebab aku terima anugerah. haha anugerah ? err okai. actually pg tu dh dipanggil pun nama aku, terima anugerah lencana emas utk exam trial pmr tu la. ;) yg dpt anugerah tu mmg sikit gila and mmg patut bersyukur la yg mana dpt tu (aku bangga gila rasa hahaha ). then aku tertengok la dekat satu list ni - senarai nama penerima anugerah hal ehwal murid untuk kehadiran penuh sepanjang 2011 , wait wait is that MY NAME ? nur sharmile bt. nisar , nama yg duduk d num 2 ! whoah ! Alhamdulillah. hahaha. jenuhh la naik stage nati. itu kenangan kedua. 

dahh dapat la door gift pulak situ. then ambik num cabutan bertuah. hmph . 280 - my number. haha ''semoga nombor ini bertuah, bismillahirrahmanirrahim '' sambil melangkah ke grand ballroom. terus mencari2 tempat and duduk diam macam patung hahah. beberapa kali jugak nama aku dipanggil utk segala anugerah tu. mmg tkleh nak duk diam la. then startla majlis dlm pkol 12.20 gtew, meriah lunch dgn geng2 yg mmg supporting-hantu gelak bla3 ni haha. satu persatu performance diselangi dengan cabutan bertuah. and everytime cabutan bertuah, mesti semua orang bdebar gtu. 

mc : num 157
a : aloo sikit jah lagi aku num 107
b : weihh bilo nok tubik palo 5 nih ?
mc : num 344
c : wei lokk sikit lagi emhh aku 348 
d : olo beci la tok tuohh lasung num ni 
blablablablablabla....
mc : num 280 
aku : haaaaaaaaaaaa ?? GGAAAPOOO ? WUAAAA hahahhaa - apa lagi terus rushing g naik stage .

and yes mmg bertuah sebab aku dpt bear KEMBAR and huh ! susah nk dapat kembar2 ni . Kenangan ketiga. dan gtulah the rest of it. mmg happening la. haha. kesimpulannya , nak balik tu mmg seksa sebab banyok gilo barang. dan apa yang lucky sangat ? haha. Alhamdulillah syukur, dapat twin bears - lencana emas - sijil anugerah stimulan - sijil kehadiran penuh 2011 - hadiah drpd anugerah HEM (entah apa SSF punya barang berat macam perghh kaca) - door gift  . alhamdulillah. and fyi too, yang dapat anugerah HEM - kehadiran penuh sepanjang 2011 tu tak lebih 10 orang kut dri 400 orang students frm 3,5 and 6. kira beruntung la. firstly rasa bangga sebab aku dpt banggakan ehem ehem okbai haha. 

and balik rumah tu terus demam tokleh bangun sakit palo bla3 , huh selsemo, jakkit dgn ank sdaro aku tu. aduh. sampai sekarang hidung sumbat. dan begitulah saat2 , minit2, dan jam2 berakhir yg membawa ku kepada umur 15 thn 7 bulan 1 hari ;) sekian . thanx sebab sudi membaca :D

p/s : i can't get off from Ungu - Dengan Nafasmu , inspired by : ada lahh from someone CRT hahaha. and lagu tu lah lagu first aku dgr saat menjejakkan kaki ke grand ballroom. thanks all. you're the best buddies . ;) and sebagai ganjaran, esok saya cuti sendiri hahah. selamat malam sayang .  

Sunday, November 6

Salam Aidiladha

ceh ceh ceh. punya la aku berchenta nak bukak internet , harini baruu jadi lappy membengong benging nii. eheh. selamat hari raya haji. dah dah aku malas cakap banyak. lgpun tkde mood nak menaip sgt ni. mood nk tgk movie dengan nak tampaii muka orang jhaa ni. okla . bye :P

Friday, November 4

Patah Seribu

ohoh nok jeghik denga patah seribu tew. wey seriously , doakan aku cepat dapat laptop baru. rasanya paling awal pun tahun dpe hahaha kalau masuk asrama la . buat masa loni tengoh tunggu itu itu notebook. hehoo. and one more thing , doakan aku, err ok yang satu lagi tu takpayah lah , menunggu takdir jhtu. haha. teringat mesej dengan mak cik sorang ni tadi, aku cakap la ''kalu sy dapak TKC tu mme Allah saye sy do'oh laa'' , then dia reply - ''kalu tokleh pum Allah sayang jugak, cuma nk bagi dugaan'' , yeahh aku terima segalanya wahai Tuhanku haha. eh btw gambar webcam kmarin tu tkyah la cek2 , dh la hudusss , so entri kmarin tlah sy delete haha.




huhh. lagu patah seribu memang truly boleh meragut mana2 nerve impulses yang tak segar haha macam aku la. berjiwa jiwi malam2 ni. jom webcam sebeta ehe. seriously sorry gila gambar muko ayu alaaa dohla gelap gulita, itulah saya . sayang kan kegelapan . bencikan sinaran haha. chiao. 

Wednesday, November 2

PSYCHIST

hmph. as usual guys , dah lepas PMR - akuu buat kerja sambilan , hahaha , kerja yang sangat berisiko tinggi iaitu  tolong selesaikan masalah orang or better known jadi psychist la. eh kau igt jadi psychist tu tolong orang gila ke? tak semestinya orang gila. jadi psychist tu tugas dia membantu jiwa2 yang sedang tidak tenteram . ada paham ? jangan kata psychist tu doktor gila kangg aku cepukk laa.

awal tahun ni aku memang bercita-cita nk jadi psychist , tp bila buat research baru2 ni thru internet time lepas pmr tu, baruu lahh aku sedar yang jadi psychist tu tak bawak ke mana pun. kut2 masuk 2020 - dah terhapus manusia yg bermasalah, so jadi susah la kan kerja aku. so baik tukar cita-cita. sekarangg ni cita-cita aku nak jadi  doktor pakar bedah - bukan senang tu kena tahu. hahaha

sambung cerita pasal kerja sambilan yang ntahpape ni. konon2 psychist muda la. last2 aku yang gila rasanya. sometimes kau akn dapat pesakit yg memang tak reti nak berterima kasih , sometimes kau akn dapat pesakit yg lupa diri - pemarah - tak ready ke apa - bla4. tp ye la , orang pun kata , kerja bodoh je masuk campur masalah orang lain tu. busybody gila kut. hahaha whatever la. asal aku bahagia dengan tolong orang . lagipun aku tak suka tengok orang lain alami benda yang sama aku pernahh alami dulu . sekian bye. 

Tuesday, November 1

Buang Masa

aku rasa macam buat kerja bodoh je hari hari. first of all , entri kali ni I nak cakap LUAII . :P

harh. berbaloi ke wey suruh orang lain doakan kejayaan kau tapi last2 kau yang exam tu pegi bukak buku segala bagai masa tengah exam lepastu tiru sana tiru sini Subhanallah memang satu benda je la aku nak cakap , menyesal wey sebut nama kau dalam smbhyang hajat aku tu , konon la nok suruh Allah bagi kau kejayaan , emh, takpayah lah Tuhanku - takjadi doa tu , dah tuannya sendiri tak ikhlas nak berjaya buat happa.

habis pasal tu . form 4 pulakk , dengar2 kena repeat ? sebab tiru meniru skema ? ohh itu lagi cerdik ! mencemarkan nama bangsa je reti , doh bodoh tu mengaku je lah bodoh tak perlu la nak menyusahkan budak2 lain.

Tu yang form 5 pulakk ,aii aii je korang 13 hari lagi nehh. tahniah la wey best of luck , aku dah bosan dah kacau budak2 spm ni dengan aku aku nya kena gulai dalam kawah , wee taknak dah ganggu pakcik makcik yg tngah stres membengkak tu baikk la aku diam jew - hahaha.

dan untuk yang kali pertamanya aku rasa sungguh berbangga sebab dapat duduk diam tanpa merenyukkan sekuping pun maruah aku, hehoo, bahagia bahagia bangga bangga . itula namanya pencapaian ego. wehee. nak adil kan ? baik text dengan orang yang kita tak kenal dan takkan pernah kenal weii , baru la takde masalah, takde nak cari masalahh ke apa - that's the best.

and tau takk. em . 2009 dan 2011 tu antara tahun2 yg penuh dengan kegelapan seorang insan bernama Mili hahaha. harap2 yang terjadi di tahun 2011 ni tak berulang di tahun 2012 nanti lah , dan aku mengharapkan tahun baru yang penuh dengan keceriaan dan kebahagiaan. permulaan yg di - pra kan dengan result pmr yang harapnya memberi sinar baru untuk melangkah ke alam yang seterusnya.

soal result , hmphh. semoga Allah menyebelahiku. insyAllah. untuk dapat gelaran PELAJAR CEMERLANG SEPANJANG TAHUN tu mmg la aku berharap tp harapan tu 50% je la sbb 50% lagi tu aku tahuu bukan senang nak dapat anugerah tu haha. cukuplah dengan 8A PMR tu pun dah rasa nak sujud syukur sampai taknak bangun dahh. semoga Allah mendengar dan memakbulkan , Qabul Qabul Qabul - Amin.

and seriously wey ! kita sekolah lagiii 10 hari ! haha gila tak gila ! tapi memang membilang hari la orang kata tuu , sapa taknak cuti panjang tu , makin panjang cuti makin menggila-gila aku . oh ya cuti ini akan dihabiskan dengan study utk f4 nanti insyAllah kalau takde apa2 halangan jugakk aku ingat nak masuk balik Dinamis stat cuti ni. boring jugakk wei duk umah buat tahi mata baik aku g tuisyen . ;)

and guys sorry for everything , sebab aku memang banyak gila menipu hahaa. tapi aku menipu tu semata-mata untuk menjernihkan kembali keadaan dan itu orang panggil tipu sunat ok ! haha so aku tipu tu tak berdosa manala hahhaa.

okai okai kaki dah kebas, so let's solat asar dulu :D btw aku memang aktif gila twitter sekarang so ada apa2 , follow me di twitter okehh - by the username NURSHARMILE .

assalamualaikum have a nice day and best of luck fr final exam and spm and bla bla bla BYE .

oh sorry sebelum tu , dengarlah lagu ni sbeelum kau tido , haha memang melayukan mana2 mata yang baru lepas makan lahh.